Kalau ada sesiapa yang kata orang Malaysia ni pemalas dalam semua perkara, penulis memang akan bangun dan katakan “Tak, kau salah!” Wah...drama ke tak hehe. Rajin okay orang Malaysia ni. Cuma kena tengok dulu kategori rajin tu.

 

Kalau rajin menjadi keyboard warrior di media sosial, yaassss itu penulis setuju korang memang power!

 

Contohnya beberapa bulan lepas isu pengacara fashionable, Awal Ashaari yang dikecam kerana pemilihan bajunya. Kenapa, baju dia hodoh sangat ke? Eh, takkan lah Awal nak menyarung baju hodoh, kata fashionable.

 

Persoalan sebenar yang berbangkit adalah apabila baju jenama Supreme yang dipakai Awal di  laman Instagram itu dikatakan fake! Hhm, penulis tengok macam okay je, nampak sama seperti koleksi lain yang dijual di butik Supreme. Namun ramai yang beranggapan ia tidak original.

 

 

Dalam statement berbeza, Awal mengatakan ia adalah pemberian peminatnya. Jadi sama ada fake atau original, itulah bukanlah persoalan utama. Yang penting, dia menghargai pemberian orang lain. Haa, betul tu. Orang dah bagi, kita pakai je lah kan.

 

Sumber: OhBulan

 

 

Tapi, bila fikir-fikir balik, takut juga penulis kalau kena kecam sebab pakai baju yang disangka original tapi sebenarnya tak! Eleh, kau bajet kau ada 3.2 juta followers dekat Instagram ke macam Awal Ashaari sampai orang KESAH nak hentam kau? TAK KOSE Kak Leha!

 

Haha. Tak, maksud penulis, mesti rasa tak best kalau kita beranggapan barang itu original tetapi sebenarnya tiruan. Barang apa yang dimaksudkan? Ini dia 5 jenama yang pernah mengelirukan pembelinya:

 

Box-Logo Tee dari Supreme

 

Inilah sebab korang tak habis-habis menghentam Awal. Saiz font “Supreme” pada hoodie yang original selalunya adalah lebih tebal. Selain itu, watermark Supreme di belakang tag saiz baju tidak pernah ditulis dalam bentuk italic seperti pada gambar di bawah.

 

Kiri: Fake Kanan: Original

 

Korang pun boleh perhatikan pada tag saiz baju tersebut. Jika ia mengatakan “u.s.a”, itu bermakna ia fake. Pastikan yang tertulis adalah “u.s.a.”. Titik selepas huruf a itu sangat penting okay!

 

Puma vs Forever 21

 

Laa, apa kes main saman-saman ni. Tak suka tau, bazir duit je! Hehe, tapi bila Forever 21 didakwa telah meniru rekaan yang sama dengan rangkaian kasut popular Rihanna’s Fenty Line for Puma, mestilah jenama sukan dari Jerman itu naik berang.

 

 

Penat-penat mereka mengerah idea tapi alih-alih, ada jenama lain yang meniru. Bukan itu saja, lebih mengeruhkan keadaan adalah apabila ramai pembeli yang lebih rela mendapatkan versi ‘tiruan’ Forever 21 kerana harganya yang lebih murah dan tapak kasutnya yang kononnya lebih selesa daripada versi Puma.

 

Aduh, senang cerita dik, kau ikat je lah riben dekat selipar kau. Tadaa, ada orang nak saman tak? #KBAI

 

Rihanna be like - “B***h better have my money”

 

 

Urban Decay Naked 4 & Naked 5

 

Okay ini lawak! Bagi remaja yang selalu mengikuti video tutorial solekan di YouTube, pasti korang begitu kenal dengan koleksi Naked pallete oleh jenama Urban Decay. Sehingga kini, Urban Decay telah mengeluarkan Naked 1, Naked 2 dan Naked 3 dan semua orang berebut mendapatkannya.

 

 

Namun, apabila internet kecoh dengan berita pengeluaran Naked 4 & Naked 5 pada Oktober tahun lepas, semua orang tak boleh duduk diam! Mulalah ada yang memuat naik gambar dan video mengatakan Naked 4 & Naked 5 berada dalam wishlist mereka untuk Hari Krismas pada waktu itu.

 

Whoa, girl - chill. Masalahnya, sehingga bulan Mei ini, hanya terdapat 3 jenis Naked pallete yang dikeluarkan selain daripada Ultimate Naked Basics dan Naked Smoky. Tak ada Naked pallete yang bernombor 4 atau 5. Urban Decay terpaksa mengeluarkan kenyataan mengatakan ia adalah scam semata-mata!

 

 

Urban Decay terpaksa menafikan pengeluaran Naked pallete 4 & 5. Sila menangis!

YEEZY & adidas

 

Satu faktor utama yang mengundang kepada peniruan barang adalah populariti. Dan tiada sneakers yang lebih popular pada zaman ini melainkan sneakers YEEZY dan adidas. Kebanyakannya sneakers tiruan itu telah dikeluarkan oleh kilang-kilang di China.

 

Apabila pihak mereka melakukan siasatan, memang mereka akui kualiti yang dikeluarkan oleh fakers (faking sneakers) ini tidak kurang hebatnya. Malah harga yang ditawarkan juga jauh lebih rendah.

 

 

 

 

Nak tahu kenapa sneakers YEEZY dan adidas dijual mahal? Ini kerana jumlah kasut yang dikeluarkan amatlah terhad. Kadangkala hanya 100 pasang saja dikeluarkan dan itulah yang membuatkan peminat tegar sanggup untuk membeli pada harga mencecah RM700 sepasang. Bagi netizen seperti kita ni, huh beli yang fake sudah! Err...

 

Last but not least...

 

Apa perkara terakhir yang membuatkan kita keliru, original ke fake ni?

 

Jawapannya adalah.....

 

Sumber: Xixili

 

Saiz aset wanita! Okay okay jangan kecam dulu. Penulis tak pervert okay tetapi penulis selalu tertipu dengan saiz payudara wanita terutamanya apabila perlu memilih model untuk sesi penggamabaran.

 

Selalunya, melalui gambar di akaun Instagram mereka saja, penulis agak mahir untuk mengagak saiz baju yang perlu dipinjam untuk mereka. Namun apabila tiba di bilik solekan, ada sesuatu yang nampak berbeza.

 

Err...kenapa you punya - aset - nampak kecil pulak?

 

I pakai push up lah hari tu babe!

 

 

Wow, aset peribadi pun boleh menipu orang, inikan pula barangan yang dijual di atas rak.

 

Artikel ini ditulis berdasarkan pemerhatian penulis saja.