Mempunyai masalah di bahagian peha memang menakutkan buat para gadis. Mereka sanggup buat apa sahaja untuk mengecilkan peha. Hingga ada yang sanggup berlapar dan menyekat pemakanan mereka untuk kekal cantik dan tidak kelihatan gemuk di bahagian peha.

 

Tetapi tahukah kamu, setakat mengawal pemakanan dan berlapar tidak membantu untuk kamu kecilkan peha. Sebaiknya cuba amalkan beberapa senaman yang dikhususkan untuk mengecilkan peha tanpa mengikat perut.

 

1)   SENAMAN ‘MENGGUNTING’

Senaman ini sangat mudah dan tidak memenatkan. Ia menumpukan bahagian peha . Caranya baring di atas lantai yang rata dengan tangan di sisi. Angkat ke dua belah kaki lebih kurang 45 darjah dan lakukan gerakan seperti menggunting. Silangkan kaki kamu ke kiri dan ke kanan dan ulang langkah ini sebanyak 12 – 15 kali setiap set. Dari gerakan ini kamu akan terasa tekanan di otot-otot bahagian peha.

 

2)   MELOMPAT

Tak kisah sama ada kamu melompat menggunakan trampoline atau tali skipping ia sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak serta meningkatkan metabolism. Bukan itu sahaja, ia juga dapat megurangkan selulit serta menbentuk kaki yang cantik dan sempurna.

 

3)   ‘SENAMAN DINDING’

Jika kamu mempunyai masa terluang, cuba lakukan senaman ini di rumah. Caranya mudah sahaja, berdiri tegak sambil bersandar di dinding. Rehatkan tangan pada dinding dan turun badan dengan perlahan-lahan. Turun sehingga posisi badan seperti sedang duduk di atas kerusi. Tahan posisi seperti ini selama mana yang kamu mampu. Kemudian diri tegak semula.  Kebanyakan orang hanya bertahan selama beberapa saat sahaja pada permulaannya setelah membiasakan diri kamu pasti akan dapat bertahan lebih lama. Lakukan senaman ini sekurang-kurangnya 5 kali sehari.

 

4)   PUSINGAN KAKI

Dengan memusingkan kaki juga boleh membantu kamu untuk mengecilkan peha. Caranya sangat mudah, kamu hanya perlu berbaring mengiring dan berbantalkan lengan mengikut arah yang kamu baring. Sebelah lagi tangan posisikan di bahagia perut. Angkat kaki sebelah setinggi yang boleh, sambil tarik nafas buat pusingan kaki mengikut pusingan jam. Cuba lakukan gerakkan ini tanpa menggerakkan anggota tubuh badan yang lain. Lakukan ia sebanyak 5 kali sebelum menukar posisi.

 

5)   KASUT TINGGI

Kasut tinggi bukan sahaja nampak cantik di pakai oleh para gadis, ia juga akan membuatkan posture badan kamu lebih tegak dan tidak membongkok. Bukan itu sahaja, kasut bertumit tinggi mampu membentuk otot di bahagian betis dan peha.