Wowwww terperanjat juga REMAJA terbaca cerita tentang akhirnya teka teki hubungan intim Ahmad Dhani dan Mulan Jameela terjawab juga. Mereka berdua yang sering di khabarkan mempunya hubungan intim dengan sahabat bekas isterinya, Mulan Jameela hingga lahirnya seorang anak perempuan itu hanyalah tuduhan palsu yang di buat oleh orang awam sahaja.

 

Menurut  akhbar di Indonesia,  kini Ahmad Dhani sudah bersedia untuk mengaku dan bercerita hal sebenar  pada semua peminat tentang status hubunganya bersama Mulan. Rupa-rupanya, Ahmad Dhani dan Mulan sah menjadi suami isteri sejak tahun 2005. Hasil perkongsian hidupnya bersama mulan, mereka  telah di anugerahkan seorang bayi perempuan bernama Safeea Ahmad yang seiras dengan muka ayahnya dan miliki kecantikan sama seperti ibunya.

 

Pendedahan ini di buat secara ekslusif di satu pogram televisyen di Indonesia selama satu jam lebih di tayangkan oleh TV One. Dalam pada itu Ahmad Dhani juga berkata sebenarnya walaupun dia sudah mempunyai tiga orang anak, dirinya juga masih mengharapkan Mulan mengandungkan anak lelaki saat mulan mahu bersalin. Namun, akhirnya dia harus pasrah kerana bayi yang di lahirkan itu adalah bayi perempuan.

 

Walaupun kini Safeea sudah berusia tiga tahun, dirinya masih belum merancang untuk menimang cahaya mata sekali lagi dalam masa terdekat ini.