1)Selidiki identitinya terlebih dahulu agar mudah untuk kamu membuat laporan apabila terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini.

 
 
2)Jangan mudah terpedaya dengan pujuk rayunya kerana setiap daripada kata-katanya mungkin telah diputar belit.
 
3)Jika si dia ingin berjumpa dengan kamu,pastikan kamu membawa teman yang lebih berusia agar keselamatan kamu terjamin.
 
4)Sekiranya kamu merasakan si dia agak pelik,segeralah melaporkan perkara ini kepada pihak polis agar si dia tidak akan terlepas begitu sahaja.
 
5)Jangan mudah menerima sebarang tawaran kerja daripada laman sosial kerana mereka hanya ingin memanipulasi kamu sahaja. Kerja yang ditawarkan itu mungkin boleh membawa kamu ke kancah yang membahayakan.
 
6)Maklumkan perkenalan kamu itu kepada ahli keluarga dan minta restu mereka. Dengan cara ini, keluarga akan sentiasa memantau hubungan dan pergerakan kamu.