Apabila sudah mula terjerat dengan cinta si Awang hitam, ini bermakna kamu sedang berhadapan dengan masalah yang besar. Masa depan yang kamu impi-impikan selama ini tidak mungkin menjadi kenyataan jika kamu masih bersama si dia. REMAJA kongsikan beberapa ciri si Awang Hitam agar kamu boleh mengelakkan diri daripada menerima cintanya!
ALAM MAYA
Kebanyakan daripada kamu mengenali si Awang hitam melalui alam maya. Memandangkan media baharu semakin berkembang, ini bermakna kamu juga ingin maju setapak ke hadapan. Bagi kamu, inilah masanya mencari kenalan baharu dan mencuba nasib. Mana tahu kamu sudah boleh merasai hidup mewah. Justeru itu, kamu mula memasang angan angan untuk memikat jejaka di laman sosial bagi meneruskan misi kamu sendiri. Sedangkan kamu tidak tahu perangkap yang bakal menimpa diri kamu. Tatkala itu kamu sudah pun terjerat dengan cintanya.Maka kamu terpaksa mengharungi juga. Jadi awas!
ROMANTIK
Mengenali si Awang hitam ini sebenarnya memang mudah. Mereka seorang yang sangat romantik sehingga mampu mencairkan hati kamu seperti aiskrim. Apatah lagi, setiap panahan ayat yang diberikan boleh membuatkan jantung kamu berdegup kencang. Walaupun mereka bukan daripada bangsa yang sama dengan kamu, namun kamu masih tetap mahukan si dia. Mereka bijak memanipulasikan kamu dengan tarikan yang mereka ada. Jika dibandingkan dengan lelaki tempatan, memang jauh bezanya. Mereka mampu membuatkan kamu terulit dengan panahan cinta mereka.
BIJAK BERMAIN JANJI
Bagi yang materialistik, sudah tentu kamu inginkan kehidupan yang serba mewah bukan? Apabila peluang sudah ada di hadapan mata tidak mungkin kamu akan melepaskan begitu sahaja.Jangan kamu jadikan wang ringgit sebagai taruhan hidup kerana dikhuatiri kamu akan menderita. Si Awang hitam pada mulanya memang bijak bermain kata-kata dan janji. Tujuan mereka hanyalah satu iaitu untuk mendapatkan kamu bagi melaksanakan misi mereka.Jangan kamu ingat mereka berbuat baik kepada kamu kerana mereka mencintai kamu sebaliknya mereka hanya mahu mempergunakan kamu semata-mata.
TUNJUKKAN KEMEWAHAN
Lagaknya memang persis orang kaya. Kamu sering menganggap si Awang Hitam itu orang kaya dan boleh berikan apa sahaja yang kamu inginkan. Pada permulaannya mereka akan mengikuti segala kehendak kamu. Setiap keinginan pasti akan ditunaikan dan mereka tidak pernah mensia-siakan kamu. Kamu diulit dengan harta benda serta kemewahan yang ada. Lama-kelamaan mereka mula menunjukkan taring mereka yang sebenarnya. Akhirnya kamu dipaksa untuk melakukan perkara-perkara terkutuk malah lebih teruk daripada itu. Setiap yang mereka berikan, mesti ada timbal balik. Berwaspadalah!
Untuk artikel penuh dan lebih info, dapatkan majalah Remaja isu 1 Februari 2012!