HANYA SEKADAR MELIHAT KEJAYAAN RAKAN-RAKAN BERJAYA DALAM DUNIA PERNIAGAAN, PASTINYA KAMU JUGA INGIN MENIKMATI KEMEWAHAN DENGAN TEKNOLOGI SAMBIL BERHIBUR. OLEH ITU MENGAPA KITA PERLU BERDIAM DIRI DAN MEMBIARKAN RANGKAIAN BERFAEDAH DIBIARKAN BEGITU SAHAJA. JOM MULAKAN TAHUN 2012 INI DENGAN MENJANA KEWANGAN DI LAMAN SOSIAL POPULAR FACEBOOK!

1. Facebook Page

Pastinya setiap di antara kita memiliki akuan Facebook sendiri, oleh itu beritahu kepada semua rakan-rakan kamu akan kewujudan sebuah lagi Page Like khusus buat perniagaan yang bakal kamu anjurkan. Gunakan semua rakan-rakan kamu untuk menyebarkan perniagaan terbaru kamu ini. Menu ini boleh didapati di bahagian bawah laman Facebook. Kamu hanya perlu memilih kategori yang bersesuaian sahaja.

2. Tekan Butang Like

Butang Like digunakan bagi membenarkan orang ramai berkongsi senarai tawaran yang telah kamu sediakan. Hanya dengan menekan butang Like, rakan kamu mampu mengakses segala maklumat yang ada. Like dan XFBML pula khusus membenarkan pelanggan meningalkan segala komen. Pergi ke Apps di menu Facebook Developer untuk mendapatkannya.

3. Blog Terus Ke Facebook

Kamu rajin mengemaskini blog? Hubungkan blog kamu terus ke Facebook atau suapan berita ke laman kamu. Lebih kerap kamu pos sesuatu kepada kedua-duanya, maka lebih banyak yang akan berarah ke perniagaan kamu itu!

4. Tambah Kenalan

Tambah kenalan di Facebook yang kamu rasakan berpotensi tinggi untuk membeli produk yang diperkenalkan. Kamu juga digalakkan untuk berhubung dengan komuniti demi membina rangkaian yang lebih kukuh. Di dalam Facebook terdapat laman interaktif yang memudahkan kamu berkongsi lebih banyak idea.

5. Jangan SPAM

Jangan sesekali melakukan SPAM di kalangan kenalan kamu. Jika kamu menggunakan cara ini, ia boleh membuatkan kamu kehilangan lebih banyak peminat berbanding yang sepatutnya. Jadi amalkan etika sosial yang baik.

6. Marketplace Sebagai Lokasi Terbaik

Tahukah kamu, di dalam Facebook terdapat satu aplikasi yang dikenali sebagai Facebook Marketplace? Ia juga seakan-akan eBay yang mampu memudahkan perjalanan perniagaan kamu.

Semua ini dan banyak lagi tips dalam majalah Remaja isu 1 Januari 2012!