Kamu boleh mengikuti trend fesyen semasa dengan menyelak halaman  majalah fesyen dan menonton gaya selebriti di televisyen, namun untuk tampil dengan gaya retro memerlukan usaha yang lebih. Mencari idea fesyen retro yang unik merupakan cara yang terbaik untuk merakamkan gaya peribadi kamu. Jom ikuti tip-tip yang telah disediakan ini.  

1. Dapatkan ilham daripada ikon zaman  dahulu dan bukannya mengikut trend selebriti hari ini untuk tampil  retro secara maksima. Marilyn Monroe, James Dean, Debbie Harry dan ramai lagi merupakan contoh ikon fesyen zaman dahulu. 

2. Berpakaian retro tidak bermakna kamu perlu mengehadkan diri kamu dengan  pakaian mengikut satu zaman sahaja. Gabungkan beberapa zaman misalnya 50-an, 60-an dan 70-an untuk mencipta trend yang unik. Kemeriahan menggayakan skirt, gaun dan kasut dari zaman-zaman ini menjadikan kamu lebih menawan dengan gaya retro tersebut.

3. Pilih salah satu pakaian atau aksesori yang menjadi tanda kegemaran kamu. Sebagai contoh, topi, sepatu tinggi atau jaket yang menawan. Barangbarang ini boleh memberi kamu inspirasi dan membuatkan kamu tampil dengan personaliti yang tersendiri.

4. Fesyen ada di mana-mana. Sama  ada kita rajin untuk mencarinya atau tidak, itu yang menjadi titik tolak untuk kamu tampil menawan. Mulakan pencarian fesyen retro dengan kedai yang jimat hingga ke pusat beli-belah yang gah. Jadilah seorang yang kreatif menyuaipadankan baju dan aksesori daripada sumber yang berlainan agar gaya retro kamu lebih terserlah!

5. Bersedia untuk berhadapan dengan reaksi mereka yang tidak tahu betapa uniknya fesyen retro. Tidak kira betapa peliknya orang lain memandang dan mengkritik idea fesyen kamu, ingat bahawa ia melambangkan dan menyatakan personaliti kamu.