Terletak di pusat beli-belah One Utama (sayap lama), butik Chic Chic menampilkan himpunan aksesori yang pastinya memikat hati si penggemar hiasan diri. Chic Chic telah dibuka secara rasmi pada 23 Ogos 2011 setelah sayap lama pusat beli-belah tersebut siap diubah suai sepenuhnya. Chic Chic juga merupakan anak syarikat Shopalot yang telah mempunyai cawangan di Plaza Bukit Bintang selama lima tahun. Antara aksesori yang dijual di butik Chic Chic ialah rantai, gelang, cincin, anting-anting, skarf, kasut, topi, cekak rambut dan beg clutch. Bagi si peminat barang perhiasan diri, terdapat beberapa konsep aksesori yang disediakan seperti konsep etnik, warna-warni, eksklusif, keemasan, gaya comel dan banyak lagi.

Artikel penuh di majalah Remaja isu 15 Januari 2012!