Menjadikan peninju terkenal Muhammad Ali sebagai inspirasi kepada produk keluarannya, Everlast meneruskan legasi dengan himpunan pakaian dan barang-barang sukan yang terbaik di pasaran. Everlast yang juga jenama terkemuka barangan tinju sejak tahun 1910 ini sentiasa tampil dengan koleksi pakaian sukan terkini dan sesuai untuk remaja. Daripada juara heavyweight Jack Dempsey dan legenda middleweight Sugar Ray Robinson sehinggalah juara middleweight yang dipertikaikan iaitu Jermain Taylor, Everlast menjadi pilihan atlet profesional.

Butik Everlast yang pertama di Malaysia telah dibuka di pusat beli-belah Sunway Pyramid. Kini jenama yang sama telah melebarkan sayapnya dengan pembukaan butik kedua di tingkat tiga Suria KLCC sejak 23 November 2011 yang lalu, di samping mengekalkan identiti yang sama.Para peminat Everlast pasti tidak akan hampa dengan barangan keluarannya seperti baju, seluar, kasut, selipar dan aksesori sukan yang dijamin berkualiti.Ketulenan produk Everlast memberikan kekuatan kepada namanya yang telah wujud sejak sekian lama dan amat sesuai buat mereka yang lasak!