Mungkin ramai yang tertanyatanya mengapa butik ini dinamakan sebagai The September 19th? Ia dinamakan bersempena tarikh kelahiran isteri tercinta pemilik butik ini. Di sinilah wujudnya kelainan yang cuba ditampilkan oleh pemilik butik berbanding butikbutik pakaian yang lain. The September 19th mula dibuka pada Jun 2011 di Seksyen 7,Bandar Baru Bangi.
Pakaian yang dijual juga boleh didapatkan secara borong di pusat pemborong GM Klang. Keunikan butik The September 19th terletak pada produk yang dijual iaitu koleksi vintaj serta barangan preloved. Kini,ramai golongan remaja kian terpesona dengan barangan lama kerana bagi mereka ia mempunyai nilai estetika yang tersendiri. Bagi mereka yang menggemari koleksi vintaj, The September 19th menawarkan rangkaian baju gaun, blaus, beg dan aksesori dalam harga yang amat murah.
Bayangkan sehelai gaun vintaj yang cantik boleh dibeli dengan hanya RM15 sehelai? Menurut pemilik butik ini, rata-rata gaun dan blaus dijual dalam lingkungan harga RM15 hingga RM55 sehelai. Bukan itu sahaja, barangan dari The September 19th turut dijual secara dalam talian menerusi laman sosial Facebook dan blog The September 19th. Apa yang menarik, 80 peratus gaun dan blaus yang dijual diimport dari Amerika Syarikat. Buat sang pencinta fesyen lama,jangan lupa serbu ke butik The September 19th yang popular dengan tagline Vintage Rules!