Cinta di bulan Februari ini pasti akan lebih bermakna andai kamu jadikan Carlo Rino sebagai hadiah buat insan yang tersayang.Bukan itu sahaja,ibu,sahabat dan si gadis pasti akan rasa lebih dihargai apabila menerima hadiah istimewa daripada kamu.Jadi tunggu apa lagi,dapatkan segera koleksi unik dan menarik daripada Carlo Rino ini.

Antaranya,beg tangan dengan ilustrasi pemandangan indah di Paris dengan tiga pilihan warna iaitu merah terang,biru dan hitam. Manakala bagi peminat kucing,Carlo Rino ada rekaan beg tangan dengan gambar kucing yang paling elegan.Masih belum puas dan inginkan yang lebih ringkas tapi tampak feminin?Carlo Rino monogram hitam seksi yang diimbangi dengan daya tarikan merah terang dan rantai keemasan daripada unsur kulit tampil istimewa untuk kamu.Pastinya pilihan yang ada ini tidak akan mengecewakan, malah akan membuatkan kamu terus jatuh cinta.