Diinspirasikan daripada reka bentuk tahan lasak 1940-an dan 50-an, jenama pakaian Jeep mempamerkan pelbagai pakaian yang berkonsepkan gaya era masa lalu dengan Koleksi Vintaj Pakaian Jenama Jeep Terbaru Musim Bunga/Panas 2012.

 

Selaras dengan temanya, “Live Without Limits”, koleksi pakaian kasual ini merupakan inspirasi daripada Jeep Willys. Koleksi terkini ini sesuai untuk mereka yang sukakan cabaran dan begitu sempurna dengan gaya hidup urban. Reka bentuk koleksi ini menggabungkan corak warna oren, kuning dan biru dengan warna asas coklat dan khaki yang menawan serta kreatif.

Buat si jejaka, Jeep menawarkan koleksi yang penuh dengan cabaran dan bercita-cita tinggi. Antaranya kemeja-T yang boleh didapati dalam warna putih, perang atau arang, manakala polo-T klasik direka dengan warna berani asas atau dengan sentuhan vintaj dalam jalur oren-merah.

Untuk penampilan moden, padankan baju asas dengan baju klasik yang berwarna merah dan perang atau dengan jaket untuk lebih bergaya. Turut ditawarkan, seluar pendek, jean dan seluar kargo juga dengan reka bentuk vintaj. Bagi si gadis pula, rekaan Jeep amat bersesuaian buat golongan wanita muda dan urban yang mempunyai semangat dan keyakinan yang tinggi. Koleksi terbaru ini diperbuat daripada kapas berunsurkan warna terang dan pastel yang sesuai untuk seluar pendek jean dan khaki.

Koleksi Vintaj Pakaian Jenama Jeep Terbaru Musim Panas/ Dingin 2012 kini boleh didapati di semua butik Studio Outfi tters dan pusat beli-belah terkemuka di Malaysia. Harga pakaian yang disediakan bernilai dari RM49 hingga RM259.