Aliran fesyen memang penat kalau kamu mahu mengikutnya setiap masa. Sentiasa ada yang terbaru, namun usah terlampau taksub. Cukup sekadar peka dengan ilham terkini, pasti ia dapat membantu kamu dalam memilih busana terbaik untuk disuai padan. Atau paling tidak pun, tunggu sahaja stail sedia ada di dalam laci gayamu yang kembali menjadi trend! Jom tinjau sorotan himpunan gaya musim bunga/panas 2012 dalam Majalah REMAJA Isu 1 Ogos 2012!