Musim cinta kali ini disemarakkan lagi dengan koleksi jam tangan edisi Valentine daripada Cosmopolitan.Bagi gadis-gadis romantis, koleksi kali ini mempamerkan reka bentuk yang unik,kreatif dan rona cerah feminin. Fesyen jam tangan keluaran Cosmopolitan merupakan sebahagian daripada empayar jenama global Cosmopolitan dari New York, Amerika Syarikat.

Ia juga melambangkan fesyen yang jelas, tepat, dan menyeronokkan bagi gadis moden yang bebas.Diperbuat daripada bahanbahan yang berkualiti tinggi terutamanya kristal Swarovski yang disahkan dan 100 peratus tali kulit tulen yang kalis air,jam tangan Cosmopolitan mencerminkan trend fesyen yang terkini. Jam tangan ini telah mencapai kejayaan besar di Asia terutamanya pada 100 peratus tali kulit kalis air yang sejati di mana ia sangat sesuai dengan iklim tropika.