Aksesori mempengaruhi bagaimana orang lain melihat kamu,menetapkan nada yang betul, menimbulkan perasaan yang positif dan mengetahui bagaimana ia mengubah rupa kamu. Tak percaya? Ikuti rahsia sentuhan ajaib aksesori terhadap penampilanmu.Kuasa Aksesori
Jika kamu tertekan untuk mengenakan pakaian kegemaran kamu dalam gaya paling menarik, suaikan sahaja dengan sepasang kasut seksi dan kamu pasti akan kelihatan menawan! Kadangkala kamu sibuk berbelanja lebih untuk produk pelangsingan badan, namun tahukah kamu kuasa aksesori juga mampu memberi kejutan pada penampilan kamu yang awalnya kosong kepada sesuatu yang lebih menarik! Mungkin usah dilupakan pada tas tangan coklat yang pernah kamu beli dahulu kerana ia boleh disuai padankandengan sebarang majlis yang bakal kamu hadiri.
Tukar Sahaja Aksesori!
Tergesa-gesa hendak ke temu janji selepas waktu kerja? Jangan risau,kamu tidak perlu menukar pakaian.Pemakaian aksesori yang sesuai dengan majlis atau aktiviti yang dihadiri mampu menimbulkan mood yang lain pada diri kamu.Sebagai contoh, kamu ingin ke majlis reunion bersama rakan-rakan lama. Apakata kamu kekalkan pakaian yang sudah dipakai manakala tambahkan sedikit aksesori seperti rantai dan anting-anting jurai. Tukar sepatu tumit tinggi kepada baji yang lebih selesa. Manalah tahu mungkin majlis tersebut akan berakhir pada waktu
malam.
Lebih Banyak Lebih Meriah
Bagi individu yang menggilai aksesori,mereka pasti ingin mengumpul aksesori sebanyak mungkin kerana mereka tahu bila masa untuk menggayakannya. Lebih banyak aksesori yang dipakai, lebih meriah penampilannya. Namun jangan pula sampai kamu nampak seperti pokok Krismas! Malu dibuatnya nanti. Pemakaian aksesori haruslah seiring dengan pakaian dan majlis yang hendak dihadiri. Jika majlis tersebut formal, aksesori yang digunakan haruslah nampak lebih eksklusif dan tidak terlalu sarat. Rantai mutiara ialah pilihan yang tepat.
Koordinasi Warna
Jika kamu seorang mengenakan pakaian daripada warna yang terang, apa kata padankan aksesori daripada koordinasi warna yang terang kepada warna lembut pakaian kamu itu. Kamu bukan sahaja akan nampak menyerlah, malahan lebih selesa dan yakin untuk bergaya. Contohnya, kamu tidak perlu memakai baju berwarna oren terang tetapi kamu boleh membawa beg klac warna oren dengan gaun labuh warna coklat. Itu lebih menarik! Aksesori juga kadang kala mampu menjadi eksperimentasi pada warna kulit.Daripada mengenakan blaus ungu, kamu boleh memakai kasut pump berwarna ungu.Ketika inilah kamu dapat melihat sama ada sesetengah warna itu sesuai dengan kamu atau tidak. Daripada segi suai padan, warna juga harus dititik beratkan agar kamu tidak kelihatan kelakar dalam berfesyen.
Bermain Dengannya!
Idea eksperimentasi dalam penggunaan aksesori untuk menyerlahkan penampilan boleh menimbulkan mood yang tersendiri.Bermain dengannya! Rasai kuasa dan sentuhan ajaib aksesori apabila bergaya.Jangan jadikan alasan tidak biasa memakai aksesori kerana kamu harus membiasakan diri untuk berhias. Belajar untuk berjalan dalam zon yang betul dan selesa. Yakini diri dan kamupasti kelihatan lebih mempesona!