Pada mulanya, Missladyanashops hanya bergiat secara aktif melalui laman sosial Friendster, Tagged dan Blog. Namun pada tahun 2010, ia telah diperluaskan lagi menerusi Facebook dan bazar jualan. Mengikuti perkembangan dan sambutan daripada golongan Muslimah yang sukakan fesyen, www.missladyanashops.com dan www.facebook. com/MISSLADYANASHOPS yang ditubuhkan pada 17 Jun 2009 telah didaftarkan di bawah SSM iaitu (NS0077519-W).
 
 Pada awal kemunculan, Missladyanashops hanya menjual selendang sahaja.Kini, ia turut menjual pelbagai variasi tudung seperti inner kain kapas, inner renda, selendang,tudung bawal FaiNur dan yang terbaharu ialah tudung bawal Dyan Pelangi. Selain itu,Missladyanashops juga menjual gaun labuh pelbagai corak, blaus dan lain-lain. Kesemua produk yang dijual disasarkan kepada semua golongan yang sentiasa berani mencuba kelainan dalam berfesyen. Missladyanashops berharap untuk membuka butik tersendiri pada masa akan datang dan menjadi butik online yang dikenali ramai.