“Tidak tahu mengapa, memang menjadi tabiat saya suka melakukan kerja last minute. Walaupun saya tahu tekanannya tinggi dan mengganggu produktiviti,tetapi apakan daya, susah benar hendak berubah. Bermacammacam cara sudah dicuba untuk mengubah tabiat ini. Namun saya masih gagal. Tetapi kerja saya siap juga,”Miss Last Minute.
 
Kamu bagaimana? Dah berjaya mengubah tabiat suka menangguhkan kerja? Memang susah bukan apabila ia sudah menjadi kebiasaan dalam diri kita. Suka bertangguh tugasan sehingga saat-saat akhir boleh menjadi masalah besar dalam kerjaya kamu.Gara-gara tabiat ini, kamu mungkin akan terlepas sesuatu atau banyak peluang.Apatah lagi waktu kerja kamu menjadi tidak
menentu, stres, rasa kecewa dan bersalah.Ingin tahu punca-punca mengapa kamu melakukan kerja di saat-saat akhir? Ayuh semak dan ketahui cara mengatasinya.
 
Punca 1
Stres atau tekanan
Apabila kamu merasa stres, tertekan,runsing, atau risau, adalah memang sukar untuk bekerja dengan produktif.Dalam situasi-situasi tertentu, bertangguh kerja menjadi satu mekanisme untuk mengekalkan tahap stres atau tekanan kamu berada dalam kawalan.
 
Penyelesaian:
Kurangkan tekanan dalam hidup agar kamu boleh memberi masa bekerja kerana kamu mahu dan bukan kerana kamu terpaksa.Cara paling mudah untuk mengurangkan stres ialah mencuri sedikit masa kerja kamu dengan melakukan sesuatu yang lebih menyeronokkan. Bahagi masa kamu sebijak-bijaknya.
 
Punca 2
Terlampau banyak kerja 
Kadang-kadang tugasan yang diberikan kepada kamu memang tidak terjangkau dek keupayaan kamu sendiri. Dengan kerja yang sedia ada pun sudah menimbun, ditambah lagi dengan kerja sampingan yang diberi tiba-tiba pun banyak, mana ada kudrat untuk kamu lakukan dalam sekelip mata. Mahu tidak mahu kamu terpaksa juga menangguh.Hendak buat yang ini fikirkan yang itu,hendak buat yang itu terfi kirkan yang ini pula. Alamaknya tunggang langganglah hidup kamu jadinya.
 
Penyelesaian:
Alternatif yang ada untuk mengurangkan jadual yang terlampau padat dan melimpah-limpah seperti ini adalah dengan menghapuskan hal-hal tertentu seperti mengorbankan sedikit waktu
untuk menonton televisyen, bersembang atau yang tidak membantu kamu dalam menyelesaikan tugasan. Kemudian lakukan delegasi iaitu membahagikan sedikit tugasan kamu itu kepada orang lain yang prihatin. Akhir sekali, sekiranya kamu rasa kerja yang diberikan terlalu banyak daripada apa yang kamu boleh terima, berbincanglah dengan ketua kamu secara matang. Kamu ada hak untuk memutuskan sama ada ia berbaloi atau tidak untuk terus menerima dan menerima.
 
Punca 3
Rasa malas
Kerap kali kita bertangguh kerja kerana kita merasakan kita terlalu penat secara emosi atau fizikal untuk membuat sesuatu kerja.Tidak bersemangat dan berasa lemah tidak sepatutnya menjadi kebiasaan, jadi adalah penting untuk menghentikan sikap sebegini sebaik sahaja kamu menyedarinya.
 
Penyelesaian:
Bangun dan gerakkan tubuh kamu.Bersenam dapat membantu meningkatkan tahap tenaga kamu. Apabila tenaga kamu tinggi, tugas-tugas tampak lebih mudah dan kamu menjadi kurang menolak untuk melakukan apa sahaja tugasan. Seorang yang cergas boleh mengendalikan lebih aktiviti daripada mereka yang tidak cergas, walaupun tahap kesukaran tugas tersebut adalah sama.