TIP KERJAYA
Ayuh Bekerja dengan Matang!
Lois P. Frankel dalam bukunya “Nice Girls Don’t Get the Corner Office” mengatakan, ada baiknya kamu bersikap dan menjalinkan hubungan yang lebih profesional atau ‘dewasa’ dengan rakan kerja. Boleh sahaja jika kamu mahu menjalinkan hubungan yang lebih akrab.Tetapi, batas-batasnya harus ada lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan pekerjaan. Harus diingat ya! Persahabatan di tempat kerja berbeza sama sekali dengan zaman sekolah dan zaman universiti kamu bersama kawankawan. Lois turut menyarankan terutamanya
buat si gadis supaya membuang sikap girlhood dan gantilah ia dengan sikap womanhood apabila kamu memasuki alam pekerjaan. Berikut beberapa tip yang dapat REMAJA kongsikan agar hubungan kamu dan rakan sekerja lebih baik. Ayuh semak!
Bersikap Asertif
Logik, rasional, profesional, berani dan mantap adalah hal-hal yang diperlukan dalam menjalinkan hubungan kerja. Tetapi, ini tidak sama dengan keras kepala, kasar atau gila kuasa ya. Bersikap asertif bererti menyampaikan segala hal berasaskan fakta
tanpa harus bersikap defensif. Pasukan kerja dan rakan kerja kamu pasti berasa lebih senang jika kamu bersikap jujur dan terbuka.
Hangat, Antusiasme
Perlakukan dan hargai rakan kerja kamu seperti yang kamu ingin diri diperlakukan. Renung matanya bersungguh-sungguh ketika berbicara. Pasukan kerja kamu memerlukan antusiasme, tanggung jawab, inisiatif, dokongan dan solusi. Arahkan tenaga kamu untuk hal-hal berkaitan. Bukannya kritikan pedas yang menyakitkan hati, sikap mengadu domba atau egois. Hargai juga ketua kamu. Menjadi seorang ketua bukanlah mudah. Cuba sesekali letakkan diri kamu pada posisinya. Dengan cara begitu, kamu akan lebih memahami cara dan pandangannya.
Selalu Berkompromi
Berkompromi dengan rakan sekerja memang penting. Namun, jika selalu sangat kamu minta pandangan orang lain dan tidak berani untuk tampil dengan pendapat sendiri, pastinya menjengkelkan. Sesekali ambillah risiko untuk memutuskan sesuatu. Mulakan dengan
hal-hal kecil. Dalam beberapa kes, hal ini cukup membantu banyak pihak untuk menyelesaikan masalah.