Minat serta dorongan keluarga menjadi motivasi terpenting dalam menggapai matlamat hidup.Sungguhpun 'Tapak' kejayaan itu sudah pun terbina,namun ia bukan alasan untuk hanya tegar mengikut acuan sedia ada.Lelah dan penat dalam berusaha,tetap perlu dirasakan demi mendapatkan gemilang kejayaan yang lebih manis maknanya.

 

Seronok berbicara dengan gadis kacukan Melayu, Cina,pakistan dan Serani ini tentang dunia kerjayanya.Biar apa yang diusahakan kini berbeza dengan bidang pengajiannya dahulu, namun kepuasan dan pulangan yang diperoleh membuatkan dia tidak pernah lupa untuk bersyukur. Mesra disapa Farah, dalam usianya yang baru menginjak 26 tahun, Farah nyata bertuah memiliki keluarga yang kuat menyokong setiap langkahnya memburu impian bergelar insan berjaya.
 
Minat Kecantikan
Menggalas tanggungjawab sebagai penolong pengurus Charisma Boutique Avon di Seksyen 18, Shah Alam, Farah cukup berbangga dengan apa yang dilakukannya kini. pengalaman hampir berbelas tahun dengan jenama kosmetik dan penjagaan diri terkenal, Avon iaitu ketika Farah masih bersekolah menguatkan lagi semangat gadis comel ini mengukuhkan ‘empayar’ yang telah diwariskan kepadanya.“Saya memang sudah terbiasa dengan dunia kecantikan sejak berusia 10 tahun lagi. Ketika itu mama yang mengusahakan
francais Avon di Shah Alam. Kalau dulu,selepas sahaja habis sekolah, saya terus ke butik untuk membantu mama. guru-guru dan teman di sekolah juga sudah mengenali dan sering memesan barangan Avon kepada saya. Dari situlah minat terhadap peniagaan ini mula bercambah,” ujar Farah memulakan bicara.
 
Ikut Jejak
Menjadikan kejayaan mamanya, Norehan 33 tahun, menjadi pendorong kepada anak keempat daripada lima orang adik beradik ini untuk mengikut jejak yang sama. Selepas menamatkan pengajian Diploma, Farah dengan rela hati menawarkan diri bekerja di butik Avon milik mamanya itu.“Ketika itu saya berusia 19 tahun dan baru tamat pengajian. Tidak mahu membuang masa, saya nyatakan hasrat untuk bekerja tetap di butik ini. Dengan pengalaman-pengalaman yang telah saya kumpul selama ini, saya dilantik menjadi penolong pengurus. Mama juga banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan dalam memahirkan saya tentang segala urusan butik,” ujar Farah sambil memberitahu selain dirinya, seorang lagi abangnya turut menguruskan francais Avon yang beroperasi di Kompleks PKNS, Shah Alam.
 
Tidak Hanya Goyang Kaki
Bercerita lebih lanjut tentang tugasnya di butik, Farah dengan rendah diri menyatakan dengan kedudukan jawatan yang tinggi, itu bukan alasan untuk dia duduk bergoyang kaki mengarahkan kakitangannya yang kini seramai lapan orang melakukan semua tugasan.“Saya tidak betah duduk diam. Saya suka melayan pelanggan yang masuk ke butik dan cuba memberikan perkhidmatan serta layanan yang terbaik. Jika mereka puas hati dan membeli produk, ia seperti satu kejayaan kepada saya. Seronok sangat. Sebab itu saya dan staf yang lain akan sama-sama menyusun atur produk di rak dan memastikan butik kami sentiasa menjadi pilihan pelanggan untuk mendapatkan barangan Avon.“Bukan itu sahaja, tugas saya tidak hanya selesai pada waktu operasi butik. pada sebelah malam,selalunya saya akan menyemak rekod akaun dan mengemas kini laporan untuk  program-program ahli. penat memanglah penat. Tetapi disebabkan minat dan saya memang suka dengan apa yang saya lakukan ini, soal tak cukup rehat dan tak cukup tidur itu tidak menjadi masalah buat saya.Alah bisa tegar biasa kan,“ katanya penuh semangat.
 
Setia Bersama Avon
Charisma Boutique Avon kini mempunyai lebih enam ratus ahli kredit dan enam puluh daripadanya yang aktif membuat jualan melebihi RM5000 setahun. Manakala jumlah pelanggan yang masuk ke butik pula melebihi seribu orang setiap bulan.Melihat angka tersebut, Farah nyata cukup berbangga dengan apa yang dilakukannya itu.“Alhamdulillah. Dengan Avon saya bukan sahaja berasa bangga dengan pencapaian keluarga dan saya sendiri, malah lebih penting mereka yang turut sama menyertai kami. Jadi inilah sebabnya kenapa mama saya sendiri boleh setia bersama Avon hampir bertahun lamanya dan saya juga memang yakin menjadikan Avon sebagai tapak kerjaya serta sumber pendapatan.“Apabila melihat kejayaan wakil kami sebelum ini yang mampu mengubah kehidupan menjadi lebih baik selepas bersama Avon,saya menjadi lebih bersemangat untuk membantu lebih ramai mereka di luar sana untuk meningkatkan taraf hidup. Di sini,setiap kakitangan dan dealer seperti keluarga yang amat rapat.Susah senang akan dikongsi bersama. Malah untuk mengeratkan lagi hubungan itu, kami juga kerap melancong bersama antaranya ke paris,London dan New York,” ujar Farah yang mengakui sebelum ini agak pemalu, namun keyakinan dirinya semakin bertambah setelah berhadapan dengan ramai orang selepas bersama Avon.
 
Untuk artikel lengkap, dapatkan majalah Remaja isu 1Februari 2012!