Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.Mereka sanggup dihantar kemana sahaja demi medidik anak-anak bangsanya.Setiap yang diperjunagkan tidak pernah dikeluh kesah.Mereka juga tidak pernah mengharapkan sebarang alasan.Cukuplah sekadar tersenyum bangga melihat kejayaan anak-anak didiknya meraih kejayaan.
Begitulah tingginya semangat seorang guru. Tidak semua orang dilahirkan secekal itu kerana bukan mudah untuk melentur seseorang jika tidak kena dengan caranya. Cabaran inilahyang membuatkan Nurul Shawani Hamdan atau mesra dengan nama Shawani teruja untuk menjadi seorang pendidik. Baginya,semangat kental yang ada pada seorang guru akan mengajarnya untuk menjadi lebih matang dalam kehidupan. Bertemu dengan pelbagai kerenah anak murid akan membuatkan guru itu sentiasa melalui proses pembelajaran.
Pemilihan Universiti
Sokongan ibu dan ayah yang juga seorang pendidik menjadi faktor kepada pemilihan pengajiannya di Universiti College Plymouth St Mark & St John (Marjon),Plymouth, England. Baginya, peluang untuk menyambung pelajaran ke luar negara memang satu impian yang dinanti-nantikan selama ini. Tidak semua orang berpeluang mendapat tawaran tersebut dan ia ibarat rezeki yang datang bergolek buat gadis kelahiran Aquarius ini.Shawani telah dihantar untuk menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan TESL. Menurutnya, England ialah tempat yang paling sesuai untuk dia mendalami ilmu bahasa Inggeris kerana bahasa Inggeris yang digunakan di Malaysia adalah British English yang sememangnya berasal dari England. Jadi tiada akan timbul sebarang permasalahan apabila Shawani mengajar di sekolah Malaysia kelak.
Pengalaman Pertama
“Pertama kali menjejakkan kaki ke benua Eropah, saya rasa sangat teruja namun sedikit keresahan kerana kehidupan di sana memang mencabar. Jauh daripada keluarga menyebabkan saya rasa terasing,namun kehadiran teman-teman di sisi mengurangkan perasaan tersebut. Daripada segi kehidupan di sana pula, saya agak terkejut kerana kebanyakan mereka sangat peramah dan suka tersenyum. Mereka juga sangat jujur, tepati masa dan komited.“Selain itu, keadaan cuaca di Eropah juga tidak menjadi masalah kerana perubahan cuaca tidak berlaku dengan begitu ketara.Waktu kali pertama tiba di Plymouth, suhu di kawasan ini seperti suhu di Cameron Highlands. Jadi badan saya dapat menerima keadaan ini dengan baik, malah saya tidak mengalami masalah kesihatan di peringkat
awal,” ujarnya mengimbau kenangan.
Suka Melancong
Peluang belajar di negara orang digunakan sepenuhnya oleh Shawani.Selain menuntut ilmu, dia juga suka berjalan-jalan melihat tempat orang. Jauh perjalanan,luas pengetahuan, kata Shawani tentang minatnya yang suka melancong dan mengembara.