Nampaknya penggemar filem Bollywood yang sudah lama menantikan kemunculan filem “Dhoom 3” akan berasa kecewa apabila filem yang bakal hit pada tahun ini terpaksa dianjakkan tarikh pelancarannya.Alasannya, salah seorang daripada pelakon filem tersebut iaitu Aamir Khan secara zahirnya masih belum bersedia dan menginginkan waktu yang lebih untuk berolahraga bagi membentuk tubuhnya. Dia meyakinkan produksi filem tersebut untuk menganjak waktu tayang dan memberinya masa untuk membentuk tubuh bagi menghasilkan lakonan
yang lebih mantap. Bukan itu sahaja, sekuel filem ini turut mengalami nasib yang sama, apabila ia bakal dianjakkan tarikh tayangannya pada awal tahun 2013.