Penyanyi terkenal dari Hong Kong, Aaron Kwok baru sahaja menamatkan konsert jelajahnya Aaron Kwok’s De Showy Masquerade World Tour. Namun ketika dua hari sebelum menamatkan konsert jelajahnya itu, Aaron dilaporkan terjatuh dari platform setinggi tiga meter sewaktu melakukan gimik persembahan. Ia berpunca daripada wayar yang diikat kepadanya terputus secara tiba-tiba. Ketika itu, dia sedang mempersembahkan lagu hitnya “The Man With An Iron Face”. Atas sikap profesional, Aaron meneruskan persembahan tersebut setelah menukar persalinan. 
 
Kejadian itu menyebabkan Aaron mengalami kecederaan kecil di ototnya. Selepas konsert, Aaron memberitahu media sepatutnya ada enam orang penari yang akan turut bersamanya di atas platform tersebut namun ia diubah pada saat akhir. Malah dia tidak dapat membayangkan nasib keenam-enam penari itu sekiranya mereka benarbenar berada di atas platform tersebut ketika kejadian.