KEMUNCULAN ANAK MUDA BERUSIA 23 TAHUN INI MENERUSI REALITI TV, “AKADEMI FANTASIA” MUSIM KE-5 TELAH MENCIPTA FENOMENA. BIARPUN TERSINGKIR PADA  MINGGU KETUJUH, DAFI MASIH BERJAYA UNTUK MENGEKALKAN POPULARITINYA SEHINGGA KINI. TIDAK HANYA MELANGKAH KE DUNIA SENI SEBAGAI PENYANYI, DAFI MELUASKAN SAYAPNYA KE BIDANG LAKONAN PULA. DRAMA BERSIRI “HOTEL MANIA” TELAH MEMBUKTIKAN DAFI MEMPUNYAI BAKAT LAKONAN YANG TERSEMBUNYI.

Dafi yang dahulunya popular dengan lagu “Bila Terasa Rindu” dan “Dua Hati Menjadi Satu” bakal melancarkan singleterbaharunya “Bila Cinta Tiada Lagi”. Lagu tersebut merupakan adaptasi lagu lama dari Jepun. Lagu yang dinyanyikan oleh Sukiyaki dari Jepun pada tahun 60-an ini telah ditukar bahasa oleh kumpulan 4PM yang menyanyikan lagu tersebut dengan bahasa Inggeris. Lagu itu telah ditukar bahasa menjadi bahasa Melayu untuk dinyanyikan di dalam teater lakonan Dafi . Apabila mendapat banyak respons yang positif, Dafi membuat keputusan untuk menjadikan lagu itu sebagai single terbaharunya.

Bidang Lakonan
Dafi yang telah melebarkan sayapnya ke bidang lakonan kini sedang sibuk dengan penggambaran drama terbitan  Pesona Pictures berjudul “Waris” untuk musim ketiga. Selain itu, Dafi juga sudah mula berjinak-jinak ke dunia teater apabila dia diberikan peluang bersama Ana Rafalli untuk teater berjudul “Kenangan Mengusik Jiwa”. Teater yang kedua lakonannya ialah teater Inggeris berjudul “Dream Girls” terbitan Broadway Academy. Katanya, pengalaman berlakon untuk teater sangat berbeza dengan lakonan untuk drama.

Teater Muzikal
Dafi mengakui bahawa dia sebenarnya lebih tertarik dengan  teater muzikal. Katanya, “Kita semua tahu bahawa teater memerlukan lebih kerja kerana persembahan tersebut adalah live. Namun bagi saya, teater lebih dekat dengan jiwa saya. Biarpun saya terpaksa menjalani lebih latihan dan perlu menghafal skrip, saya merasakan bahawa teater mampu menggabungkan tiga elemen dalam industri iaitu menari, menyanyi dan dalam masa yang sama, berlakon,” luah Dafi .'

Utamakan Nyanyian
Apabila ditanya adakah dia mahu lebih dikenali sebagai pelakon  teater dan tidak lagi menyanyi, Dafi pantas menafi kannya. “Saya masih lagi meletakkan dunia nyanyian di tangga pertama. Lagipun saya bermula daripada nyanyian. Walaupun saya kurang membuat persembahan sekarang, saya ada merancang untuk mengeluarkan album pada tahun 2012. Saya merancang untuk bekerja dengan beberapa nama besar, namun itu semua masih lagi dalam proses perancangan,” kata Dafi sambil tersenyum.

Untuk Artikel Penuh & Lebih Info Dapatkan REMAJA 15 NOV di pasaran !!