Pelakon dan penyanyi Karen Mok rasa sangat bertuah apabila dia dipilih memegang watak utama sebagai anggota polis untuk filem arahan Keanu Reeves yang berjudul “Man of Tai Chi”. Selain Karen Mok,artis wanita dari China lain yang dijangka terlibat dalam produksi filem ini ialah Zhang Ziyi, Gong Li, Liu Yifei dan Huang Shengyi.Dilaporkan, Chen Hu iaitu guru kung fu kepada Keanu Reeves akan memegang watak utama sementara Keanu Reeves sendiri akan memegang watak penjahat yang akan melawan Chen Hu.Filem yang akan menjalani penggambaran di Beijing sekitar Februari ini mengisahkan seni kung fu moden yang bercampur dengan sentuhan Tai Chi.