Biarpun bertubuh kecik,hasrat naib juara America's next top model (ANTM) ini uuntuk bergelar supermodel tidak pernah padam.Berbekalkan ketinggian lima kaki enam inci,dia melangkah penuh yakin menempa kejayaan sebagai seorang model terkenal.

Laura atau nama sebenarnya Laura Sioux Kirkpatrick dilahirkan di Stanford,Kentucky. Dia merupakan anak perempuan kepada Greg Kirkpatrick dan Jodie Hill Jones yang dilahirkan pada 12 Jun 1989. Biarpun hanya memenangi tempat kedua dalam pertandingan itu, ia sama sekali itu tidak menghalang gadis genit ini untuk menjadi terkenal dan popular di kalangan para peminatnya. Sebelum menyertai siri realiti ANTM, Laura bekerja di ladang milik keluarganya dan bergelumang dengan lembu, malah pernah bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran.Berpendidikan dalam bidang seni dari Eastern Kentucky University, Richmond,Laura merupakan orang pertama dalam keluarganya yang menjejakkan kaki ke universiti. Walau bagaimanapun, Laura telah terlepas menduduki peperiksaan akhir kerana ketika itu dia berada dalam ANTM.Gara-gara ketidakhadirannya itu membuatkan Laura tidak layak untuk naik ke peringkat kedua di universitinya. 

Gadis Petite
Laura merupakan gadis petite yang bertuah kerana dapat menjadi model yang dikenali di seluruh dunia. Dengan ketinggian lima kaki enam inci itu, Laura sering sahaja dikecewakan apabila tidak berjaya melepasi saringan uji bakat untuk menjadi model. Sebelum terpilih menyertai ANTM,Laura pernah menghadiri uji bakat ANTM terdahulu. Biarpun sering ditolak kerana masalah ketinggian, itu tidak mengubah semangat Laura untuk menjadi model suatu hari nanti.Semangatnya yang membara dan tidak pernah luntur telah membawa kejayaan apabila nenek Laura menyuruhnya mencuba nasib sekali lagi di uji bakat ANTM musim ke-13. Lebih memberi peluang cerah kepadanya, apabila ANTM mencari model bersaiz genit dengan ketinggian 5 kaki 7 inci ke bawah.
Berbekalkan harapan, Laura cekalkan hati menghadiri uji bakat tersebut biarpun persiapan saat akhir diadakan di Chicago.Nasibnya baik apabila Laura terpilih untuk musim tersebut. Dia yang hanya berusia 19 tahun ketika kali pertama muncul di
ANTM telah menjadi salah seorang peserta kegemaran juri. Loghat Kentucky Laura sering dipuji oleh juri kerana personalitinya yang kukuh dan ini membuatkannya berbeza dengan gadis-gadis yang lain.

Selain itu, semangat country girl yang ada dalam dirinya membuatkan Laura istimewa di kalangan gadis-gadis lain yang sememangnya lebih moden.Malah Laura juga dikenali sebagai seorang gadis yang ceria dan sentiasa bergelak tawa dalam apa jua keadaan.
Namun begitu, loghat percakapannya membuatkan Laura pernah ditegur oleh jurugambar fesyen terkenal, Nigel Barker.Biarpun loghat itu merupakan sebahagian daripada daya tarikan Laura, kata Nigel, ia boleh menjadi penghalang untuk kerjaya peragaannya. Ini kerana pihak penaja pasti tidak mahu jurucakap mereka menggunakan loghat daerah melainkan model tersebut sememangnya terkenal.Nasihat Nigel diambil positif apabila Laura cuba untuk mengubah percakapannya.Perubahannya itu tidak lama dan Laura kembali dengan loghat asalnya kerana merasakan dia tidak menjadi dirinya sendiri.Laura merupakan peserta yang tidak pernah berada di tangga kedua terbawah biarpun gambarnya tidak pernah dipilih sebagai gambar terbaik.
 

Kecewa Dengan Kekalahan
Laura merupakan salah seorang yang menderita Disleksia. Ia bukanlah sejenis penyakit tetapi merupakan salah satu gangguan yang membuatkan seseorang itu tidak boleh membaca dengan lancar atau menghafal sesuatu secara turutan.Gangguan Disleksia ini membuatkan Laura menghadapi kesukaran dalam beberapa cabaran terutamanya ketika cabaran membaca teks untuk iklan televisyen Cover Girl yang merupakan salah satu pertandingan akhir ketika itu.