WAJAH KOMERSIAL KEANAK-ANAKAN JELAS MEMBAWA TUAH KEPADA ANAK MUDA BERBAKAT INI. MESKIPUN BEGITU, DIA TIDAK HANYA BERGANTUNG PADA RUPA PARAS SEMATA-MATA KERANA TERNYATA BAKAT SENI YANG TERPENDAM DALAM DIRI SEMEMANGNYA TIDAK BOLEH DIPERTIKAI!
Ketika para pencinta muzik K-Pop sedang kehausan penyanyi yang mempunyai nada suara yang rendah dan lunak, muncul pula seorang bintang muda yang mula menyinar pada tahun 2004. Seorang yang tinggi dan kacak, Lee Seung Gi digarap sebagai penyanyi di usia yang muda seawal 17 tahun. Pada ketika itu, beliau masih menuntut di peringat menengah, namun lantas digemari kerana keunikan suara yang cukup bertentangan dengan rupa parasnya yang comel.
Awal Kehidupan
Ketika di bangku sekolah, Seung Gi dikenali sebagai seorang yang cukup aktif dan pernah memikul tanggungjawab sebagai presiden persatuan pelajar dalam tahun keduanya di Sekolah Menengah Sangkye. Beliau kemudiannya mula bergelumang dalam arena muzik apabila menyertai kumpulan pancaragam sekolah dan bertindak selaku vokalis utama. Semasa melakukan persembahan bersama ahli-ahli kumpulan yang lain dalam sebuah teater kecil di Daehagno, Seung Gi telah didekati oleh Lee Sun-hee, seorang bekas penyanyi pada akhir tahun 80-an dan 90-an.
Karier Nyanyian
Selepas menjalani latihan selama dua tahun, Seung Gi melakukan debut sulung pada 5 Jun 2004 menerusi lagu “You’re My Woman” yang dikompos khas lagu dan liriknya oleh Psy. Album pertama beliau yang berjudul “The Dream Of A Moth” telah dilancarkan pada 25 Jun 2004 di mana single pertama dari album tersebut terus menjadi topik perbualan hangat. Lagu “Because You’re My Girl” yang merupakan lagu berentak balada telah berjaya mencetuskan sindrom “liking older women” di serata pelosok Korea Selatan.
Menerusi lagu ini, beliau berjaya memenangi gelaran Best Newcomer dalam pelbagai majlis anugerah muzik pada tahun tersebut (M.Net KM Music Festival, SBS Music Awards dan MBC Best 10 Singers Music Festival). Pada tahun berikutnya, beliau dianugerahkan Best Male Solo Artist semasa festival M.Net KM Music Festival atas kejayaan lagu “White Lie” daripada album ketiganya “Story of Separation”.
Pada tahun 2009 pula, single digital beliau yang berjudul “Will You Marry Me” menjadi kegilaan di serata Korea Selatan meskipun tanpa sebarang bentuk promosi, lantas menobatkan beliau anugerah Digital Single Bonsang semasa temasya Golden Disk Awards ke-24. Itu tidak memperlahankan langkah anak Digital Single Bonsang buat kali berdua berturut-turut semasa festival Golden Disk Awards yang ke-25 melalui lagu “Love Taught Me To Drink” yang sama tidak dipromosikan secara rasmi, namun tetap mendapat sambutan.
Kerjaya Lakonan
Lee Seung Gi muncul sebagai tetamu undangan membintangi “Nonstop 5” di saluran MBC pada tahun 2005. Secara rasminya, dia memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon menerusi drama hujung minggu KBS bertajuk “The Infamous Chil Sisters” pada tahun berikutnya. Kemudian, pada tahun 2008 beliau telah ditawarkan MBC peranan watak utama dalam drama sejarah “Return of Iljimae”, namun ia terpaksa ditolak disebabkan jadual kerjanya yang padat.
Rezeki tidak putus buat si kacak yang pernah digelar ‘maharaja pemurah’ ini apabila dia telah dipilih sebagai watak lelaki utama dalam drama “Brilliant Legacy” yang disiarkan di saluran SBS setiap hujung minggu pada tahun 2009. Drama tersebut mengekalkan tempat teratas berdasarkan penilaian penonton selama sepuluh minggu berturut-turut yang berakhir pada 26 Julai 2009 dengan episod 28 yang mencapai rating penonton setinggi 47.1 peratus. Kejayaan “Brilliant Legacy” telah melonjak populariti Seung Gi sebagai seorang pelakon sama ada di Korea Selatan mahupun di luar negara, malah dia turut dinobatkan dengan beberapa penghargaan di SBS Drama Awards antaranya anugerah Excellence in Acting (Special Production), Top 10 Stars dan Best Couple bersama Han Hyo Joo.
Lakonan mantap beliau dalam drama SBS berjudul “My Girlfriend is a Nine-Tailed Fox” turut menyajikan beliau dengan tiga anugerah yang sama semasa SBS Drama Awards 2010 tetapi kali ini bersama pelakon Shin Min Ah.
Untuk Artikel Penuh & Lebih Info Dapatkan REMAJA 1 JAN Di Pasaran Sekarang !!