Kumpulan K-pop popular, U-Kiss telah diundi paling banyak dalam satu portal untuk kumpulan yang ingin dilihat pada tahun 2012. Malah, salah seorang anggota U-Kiss,Kevin telah dipilih sebagai selebriti nombor satu di dalam kategori bintang Korea. U-Kiss telah dipilih kerana beberapa ahlinya akan keluar dalam drama siri serta filem Korea dan Jepun. Menariknya lagi, mereka mampu berbicara dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris, Jepun serta China. Kemahiran yang dimiliki oleh U-Kiss di mana mereka akan mengeluarkan album Jepun pada bulan Mac ini mampu membawa mereka melangkah lebih jauh lagi.