Pentas akhir Pencarian Hero Remaja 2011/2012 telah pun melabuhkan tirainya setelah hampir 2 tahun peserta-peserta terpaksa melalui pelbagai proses penapisan. Remaja menerima beribu penyertaan dah hanya 23 orang sahaja finalis yang terpilih untuk berentap di peringkat akhir.

 

Pentas akhir pencarian Hero REMAJA 2011/2012 telah pun berakhir. Fattah telah dinobatkan sebagai juara Hero REMAJA 2011/2012, Shafiq Kyle pemenang tempat Kedua Hero REMAJA 2011/2012 , dan Saharul pemenang tempat Ketiga Hero REMAJA 2011/2012. Selain itu, Nazrief telah dinobatkan sebagai Hero REMAJA Macho 2011/2012 dan Azfar sebagai pemenang Hero REMAJA Favourite.

 

Cepat dapatkan Majalah REMAJA Isu 1 November 2012 di pasaran sekarang kerana REMAJA isu kali ini menggamit kehangatan Pentas Akhir Pencarian Hero REMAJA 2011/2012, dan menariknya, mengupas isu Bahaya Kanta Lekap.