Alam pekerjaan sungguh menyeronokkan bila tibanya hujung bulan yang menandakan gaji akan keluar. Masa itulah pelbagai perkara lintas di fikiran dan perasaan ingin memiliki sesuatu membuak-buak. Bagi yang pendapatannya hanya cukup-cukup makan, pasti akan resah. Tidak kiralah awal bulan atau hujung bulan. Fikiran asyik mencongak-congak apa yang patut dibayar. Aduhhh!
Kcing...kcing...kcingg... mesin ATM mengeluarkan jumlah yang diinginkan. Kadang-kadang bila sudah tidak cukup duit berusaha juga untuk mengeluarkan RM10 dan apabila melihat baki yang tinggal pasti menyedihkan. Kalau dilihat gelagat anak-anak muda pada awal-awal bulan terutamanya si gadis sewaktu mahu keluar membeli-belah, pasti wajah mereka tersengih-sengih seperti kerang busuk saat mengeluarkan duit untuk melabur di pusat beli belah.
Tapi wajah mereka akan bertukar masam mencuka dan termenung bila duit di dalam akaun bank semakin berkurangan walaupun baru tujuh hari bulan. Itu belum lagi kerungsingan bagi yang mempunyai kenderaan atau rumah sewa. Mulalah pening kepala sebab masa inilah kena servis kereta, kereta rosak, tayar pancit, rumah sewa naik harga, bayar bil api, air, Astro, broadband dan sebagainya. Aduh banyak, kan? Mesti bertambah-tambah sakit kepala dibuatnya.
Macam mana dengan hari-hari seterusnya. Inilah yang Mia cakap duit mengalir seperti air tapi alangkah seronoknya kalau air yang mengalir itu adalah duit. Pasti semua orang kaya raya dan tak payah pening-pening kepala tak cukup duit. Pergi sahaja tadah di sungai atau menjala duit...
Mia pun selalu juga mengalami masalah seperti ini, sewaktu gaji mula-mula keluar terasa gatal tangan kanan nak dapat duit tapi bila dah masuk beberapa hari setelah gaji, mulalah Mia mencongak-congak perbelanjaan mana yang perlu dan tidak perlu. Al-maklumlah kehendak melebihi keperluan. Yang perlu diutamakan tidak diutamakan dengan sebaiknya. Beli belah pula sampai terlebih-lebih. Ha, kan dah susah.
Kadang-kadang Mia susah juga mahu mengawal nafsu membeli-belah. Asal ada sahaja duit di tangan dan kena pula pada hari yang ada jualan murah, mesti takkan kekal lama ada sahaja yang ingin dibeli. Kepada pembaca LadyMia ni, Mia harap janganlah kamu semua menjadi seperti Mia ye.
Jom kita sama-sama mengingati sesama sendiri. Apa kata kita hilangkan rasa runsing dan resah kita tentang duit. Cuba kita ajar diri kita sendiri dalam berjimat cermat, menabung dan membuat senarai setiap bulan apakah yang WAJIB dan TIDAK WAJIB duit kita perlu dilaburkan. Dengan perancangan yang betul dan disiplin, kita mungkin tidak akan risau lagi ke mana duit kita hilang dan dihabiskan kerana kita sudah pun mempunyai senarai wajib setiap duit yang akan digunakan.
Untuk artikel lengkap, dapatkan majalah Remaja isu 1 Januari 2012!



