Sempena menyambut ulang tahun kelahiran teman baik, pasti kamu terfikir tentang hadiah atau pun kejutan buat dirinya bukan? Apa kata kamu hasilkan sendiri kad hari lahir yang paling kreatif untuk dihadiahkan kepadanya tanda ingatan kamu. Pasti dia akan terharu dengan kesanggupan kamu menghasilkan kad istimewa itu buat dirinya. Jom kita mulakan!

Bahan:


Kad putih
Pembaris
Double sided
Gunting
Pisau
Google eye
Kertas warna (mengikut kesukaan kamu)

 

Langkah-Langkah:

 

1. Mula-mula ambil kesemua kertas warna kecuali warna coklat dan potongkan menjadi ½ inci secara menegak. Ia bertujuan untuk menghasilkan rekaan di atas kad putih.

 

2. Seterusnya, lukiskan pula dahan di atas kertas berwarna coklat itu.

 

3. Setelah siap dilukis, bolehlah menggunting dahan tersebut

 

4. Ambil dahan tersebut dan gamkan ia di atas kad berwarna putih

 

5. Langkah seterusnya, ambil kertas berwarna yang telah dipotong secara menegak pada langkah pertama tadi dan gulungkan ia bagi membentuk bulatan. Setelah mendapat bentuk bulatan, picitkan di hujung kedua-dua bulatan tersebut untuk mendapat bentuk bujur (buat seberapa banyak yang kamu inginkan).

 

6. Ambil bulatan yang telah dibentuk menjadi bujur itu dan tampalkan ia di sekitar kertas berwarna coklat untuk mendapatkan bentuk pokok.

 

7. Seterusnya ambil pula kertas berwarna merah jambu dan biru, lalu gulungkan ia. Setelah mendapat bentuk bulatan, picitkan di hujung kedua-dua bulatan tersebut untuk mendapat bentuk dalam gambar.

 

8. Kemudian, gamkan ke semua bentuk yang kamu hasilkan di atas kad putih termasuk google eye, hidung dan telinganya sekali gus.

 

9. Akhir sekali, tampalkan ucapan Selamat Hari Lahir di atas kad tersebut untuk mencantikkan lagi kad yang kamu hasilkan itu.