Keprihatinan pelajar-pelajar kolej PTPL terhadap pesakit-pesakit Aids harus dipuji apabila mereka mengadakan sambutan Hari Aids Sedunia anjuran Unit Pembangunan Pelajar (UPP). Kolej PTPL Shah Alam telah menganjurkan program PTPL Red Ribbon Campaign 2011 dan kempen ini mendapat kerjasama dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dengan penyertaan 25 orang ahli jawatankuasa yang terdiri daripada pelajar pelbagai kursus.
Pelbagai program dijalankan antaranya mengedar risalah kesedaran HIV/AIDS serta pemakaian reben merah sebagai simbol menyokong kempen ini kepada seluruh para pelajar di kampus PTPL Shah Alam. Pelajarpelajar juga menjalankan aktiviti konvoi berkereta ke Rumah Keluarga Besar Norlina Alawi yang menempatkan anak-anak yatim dan kanak-kanak penghidap HIV/AIDS.Pihak kolej telah memberikan sumbangan ikhlas berupa keperluan pakaian sekolah serta kelengkapan alat tulis kepada anak-anak yatim berkenaan. Diakhir program, pihak terlibat berharap agar usaha ini akan berterusan dan menjadi medium dalam menyalurkan infornasi berguna kepada para pelajar, selain dapat melahirkan kumpulan graduan yang berkualiti dan berakhlak mulia.