Kini perempuan juga sudah semakin hebat memonopoli bebepara bidang yang dahulunya sinonim dengan kaum lelaki.Pemikiran masyarakat yang semakin hebat memonopoli beberapa bidang yang dahulunya sinonim yang dahulunya sinonim dengan kaum lelaki.Pemikiran masyarakat yang semakin terbuka menyebabkan tiada lagi jurang dalam pemilihan kerja.Siapa yang berminat dan berkelayakan,boleh sahaja menceburi dan melakukannya.
 
Pemegang Sarjana Botani Hutan di Fakulti Perhutanan Universiti Putra Malaysia, Serdang ini mengambil jurusan perhutanan yang kebanyakkannya dikuasai oleh pelajar lelaki. Fatheen Nabila Ghazali, seorang gadis yang ayu dan feminin bagi tanggapan penulis saat pertama kali bersua. Setelah mengenalinya, telahannya berbeza dengan perwatakan yang sebenar. Walaupun aktif dan lasak, gadis yang mesradi sapa Fatheen ini masih memiliki ciri-ciri seorang gadis Melayu yang penuh dengan adat susila.Demi minat, Fatheen sanggup merentas hutan dan meredah paya untuk mengkaji komposisi hutan paya bakau iklim Geopark iaitu salah tapak warisan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Pengajiannya lebih mendalam dalam komposisi spesies yang ada di hutan paya bakau, selain kaitannya terhadap faktor persekitaran seperti tanah, air, suhu,kelembapan cahaya dan sebagainya.
 
Dari Hutan Ke Pentas Penyiaran
Di sebalik aktif keluar masuk hutan, gadis ini turut menyimpan minat dalam bidang penyiaran. Di universitilah tapak permulaan untuk dia menggali dan menonjolkan bakat.Dia tidak mahu mensia-siakan bakat yang dia ada, apatah lagi karakternya yang suka mencuba sesuatu yang baharu. Selain itu,Fatheen juga bergiat aktif dalam bidang peragaan majalah Muslimah, model iklan,pengacara sambilan televisyen dan video korporat universiti serta menjadi pengacara.Bukan itu sahaja, gadis aktif ini pernah menjadi pengacara sambilan bagi Program Bual Bicara “Nasi Lemak Kopi O” selepas mendapat tempat ketiga dalam Program Realiti Gadis Melayu musim ketiga.Walaupun cabang yang berbeza,Fatheen mahukan kelainan. Dia tetap meneruskan pengajiannya sehingga peringkat PHd dan bergelar pensyarah.Namun jika rezekinya dalam bidang penyiaran lebih menyerlah, dia akan meneruskannya dan mahu bergelar seorang pengacara yang bukan saja berilmu tetapi menyalurkan maklumat serta pengetahuan kepada masyarakat.
 
Membahagikan Masa
Walaupun jadualnya padat dengan pelbagai aktiviti, Fatheen tetap mementingkan dan memberi keutamaan terhadap pelajaran.“Saya percaya setiap orang tidak mempunyai masa yang cukup dalam kehidupan tetapi saya percaya masa tetap ada sekiranya kita kreatif menggunakannya.Amalan menyenaraikan segala kerja bersemangat. dan tarikh akhir memudahkan saya agar kerja saya tidak bertangguh dan siap mengikut masa yang ditetapkan. Disiplin cukup penting agar segala yang telah dirancang berjalan dengan baik. Jangan sesekali rasa malas dan putus asa terhadap perkara yang telahdilakukan,” ujarnya.
 
Pengalaman
“Terlibat dalam bidang penyiaran membolehkan saya mengenali pelbagai karakter individu yang berbeza.Selain itu, ia meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan orang ramai.Paling penting ilmu yang saya dapat digunakan dengan sebaiknya untuk membantu orang lain.Pengalaman meredah hutan telah menjadikan saya lebih bersyukur kerana belajar mengenai kehidupan. Pelbagai pengalaman yang pernah saya lalui antaranya meredah paya bakau yang dalam, berjumpa dengan binatang berbisa serta tertarik dengan keindahan paya bakau yang jarang diterokai,” tambahnya lagi.
 
Nasihat
“Untuk berjaya dalam apa jua seperti kemahiran iaitu perkara yang diceburi, perlulah ada minat yang mendalam dan semangat tidak berputus asa merupakan kunci bagi meneruskan pengajian dalam bidang ini. Selain itu, perlu juga bersedia daripada segi fizikal dan mental serta keyakinan yang tinggi. Untuk menjadi seorang yang berbakat,harus melengkapkan diri dengan soft skill berkomunikasi dan sebagainya.graduan masa kini perlu menjadi multi-talented person berupaya untuk melakukan pelbagai kerja dan bukan hanya tertumpu pada satu bidang yang dipelajari semasa di pengajian,” akhiri gadis berusia 25 tahun.