Tahniah diucapkan kepada Management & Science University (MSU) kerana telah menjayakan Majlis Konvokesyen ke-10 di Dewan Canselor di kampus MSU. Seramai 674 orang graduan terdiri daripada lepasan Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana menerima skrol masing-masing dalam 37 bidang pengajian.
Majlis yang cukup bersejarah ini telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung Tuanku Hajah Haminah, selaku Canselor MSU. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Tan Sri Dato’ Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, Pro Canselor MSU dan Prof. Dato’ Wira Dr Mohd Shukri Ab. Yajid, Presiden MSU.Beberapa orang pelajar telah menerima anugerah antaranya Anugerah Pingat Emas Cancelor. Muhammad Fairuz Shah Abd Karim, graduan Bachelor in Medicine and Bachelor in Surgery (MBBS) dari International Medical School telah terpilih untuk menerima anugerah tersebut.