Tahniah diucapkan kepada 66 pelajar-pelajar Management & Science University (MSU) di atas penerimaan anugerah Senarai Presiden berikutan pencapaian cemerlang mereka yang memperoleh Purata Gred Semester (PNGS) melebihi 3.75 ke atas untuk tiga semester berturut-turut. Mereka merupakan pelajar peringkat Diploma dan Ijazah daripada pelbagai bidang pengkhususan. Majlis disempurnakan oleh Presiden MSU, Prof Dato‘ Wira Dr Mohd Shukri Ab. Yajid, Naib Canselor/Ketua Eksekutif MSU, Prof Dato Dr Junainah Abd Hamid, para dekan dan pegawai-pegawai kanan MSU.“Penganugerahan yang diterima ini diharapkan menjadi motivasi untuk kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang. MSU amat berbangga dengan pencapaian mereka kerana ia aspirasi kepada kerjasama erat antara pihak universiti dan ibu bapa dalam memberikan pendidikan terbaik kepada anak-anak,“ujar Mohd Shukri dalam ucapannya.