Baru-baru ini, Rumah Anak Teater telah berjaya mementaskan teater Kompilasi-V yang bertajuk “Aku Manusia Berdosa”. Komplikasi teater ini mengandungi dua buah cerita iaitu “Kampong Chetek” dan “Ju & Meo” serta telah dipentaskan di stor teater Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Karya dan arahan Nur Ahmad ini ialah pementasan kali pertama. “Aku Manusia Berdosa”merupakan sebuah tajuk buku yang dikompilasikan menjadi skrip teater dan filem terbitan Merpati Jingga di bawah naungan Faisal Mustaffa yang dilancarkan oleh U-Wei Haji Shaari di Balai Seni Visual Negara pada 14 Disember yang lepas. Objektif pementasan teater ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang pementasan teater atau drama pentas. Selain itu, ia juga dapat mengembangkan lagi wadah teater ke lapangan yang lebih besar dan dekat kepada masyarakat umum.