Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar Sarjana Muda Sains Senibina, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam kerana berjaya mengadakan Archifest Expression 2011. Dimulakan dengan Malam perasmian Archifest, turut berlangsung Majlis penyampaian Anugerah Dekan dan Anugerah pelajar Terbaik untuk Jabatan Senibina yang telah disampaikan oleh Dekan fakulti iaitu prof Dr. Madya Masran Saruwono.
Antara program-program lain yang diadakan sepanjang minggu Archifest Expression 2011 diadakan ialah Battle of the Bands yang bertemakan Clash of the Icons, program Arkifest dan pameran festival Senibina 2011 yang mempamerkan posterposter daripada pelajar jabatan tersebut sepanjang festival ini dijalankan. pihak penganjur turut berjaya menghasilkan doodle sepanjang 12 meter hasil kerjasama daripada pelajar. Sepanjang program ini berlangsung, warga REMAJA tidak melepaskan peluang membuka gerai jualan majalah bersama beberapa pihak lain. Selain itu, warga REMAJA turut mengadakan slot untuk pelajar-pelajar tersebut antaranya casting model bagi mereka yang berminat untuk menjadi model REMAJA dalam ruangan fesyen dan tatarias. program selama seminggu ini berakhir dengan malam penutup glow Nite.