Bagaimanakah hendak mengembalikan badan yang sedap mata memandang? Ayuh dengan memberi perhatian dan mengamalkan langkahlangkah ini, tidak mustahil si kurus kering boleh tampil dengan tubuh yang ideal.
 
1)Makan lebih kerap 
Mempunyai jadual makan yang konsisten dapat membantu kita untuk  meningkatkan berat badan. Kita juga tidak disarankan untuk tidak mengambil sarapan pagi dan makan tengah hari     kerana kedua-dua waktu ini adalah waktu untuk menambahkan kembali tenaga kita dalam melakukan kerja-kerja harian.
 
2)Makanlah denganjumlah yang tepat
Protein ialah kekuatan utama dan gizi penting untuk menambahkan berat badan dan membangunkan otot-otot. Tubuh kamu juga harus mengandungi jumlah karbohidrat danlemak yang mencukupi. Nisbah yang kamu perlu ambil daripada karbohidrat, protein dan lemak adalah dalam anggaran 50:35:15. Jumlah ini cukup seimbang dan baik untuk kamu.
 
3)Makan makananpenuh kalori
Ia memang membahayakan, namun kamu harus bijak mengambilnya. Cuba kenal pasti berapa jumlah kuantiti kalori yang kamu ambil. Lebihkan daripada biasa. Lama-kelamaan berat kamu pasti meningkat.
 
4)Jangan lupa multivitamin
Makanan penuh kalori biasanya kekurangan gizi-gizi seperti vitaminvitamin,air dan mineral-mineral tertentu. Untuk mengatasi masalah ini, makanlah multivitaminsetiap hari. Vitamin diperlukan untuk mempertahankan tingkat optimum daripada gizi mikro dan makanlah perantaraan waktu yang selalu kamu makan untuk mempercepatkan pencernaannya.
 
5)Tingkatkanpengambilankalori kamusecara bertahap
Secara perlahan, tubuh kamu akan terbiasa dengan pertambahan jumlah kalori yang kamu ambil. Cubalah untuk meningkatkan jumlah kalori dari sehari ke sehari sehingga mencapai berat badan yang kamu inginkan
 
6)Minum banyak air kosong
Air kosong, jus dan susu.Minuman ialah kunci menambah kekuatan tubuh kerana 60 peratus tubuh kita terdiri daripada air. Kekurangan air yang banyak akan meningkatkan penurunan berat tubuh secara drastik disertai rasa haus yang begitu ketara. Air kosong akan membantu kamu membaiki sistem pencernaan,sementara susu dipenuhi protein berkualiti dan jus pula memberikan bekalan gula penting yang diperlukan tubuh.