Setiap kali bercuti antara masalah yang sering dihadapi ialah kulit akan menjadi lebih gelap dan kusam akibat terlalu banyak terdedahdengan matahari serta lebam di lingkaran mata. Agar tetap cantik saat bercuti berikut adalah tipnya. Jom semak:
BARANG YANG WAJIB DIBAWA
Krim pelindung matahari
Sekiranya kamu tidak mahu kulit menjadi terbakar, pastikan sebelum keluar dari bilik hotel kamu tidak lupa untuk memakai krim pelindung matahari terutamanya pada bahagian tubuh yang terdedah dengan matahari.
Cermin mata hitam
Selain fungsinya untuk menghindari mata daripada terdedah dengan sinar matahari, cermin mata hitam juga merupakan alternatif aksesori yang mampu membuatkan penampilan kamu tampak menarik semasa bercuti.
Payung
Sebaiknya bawalah payung di dalam tas atau kenderaan ke mana sahaja kamu pergi. Ini kerana payung boleh menjadi penyelamat jika kamu terlupa memakai krim pelindung matahari. Meskipun tidaklah seberkesan seperti krim pelindung yang ada tetapi paling tidak kamu akan terhindar daripada teriknya matahari atau hujan, saat tengah melakukan aktiviti percutian.
Pelembap bibir
Cuaca yang tidak menentu boleh membuatkan permukaan bibir kamu menjadi mudah kering dan pecahpecah. Agar kelembapan bibir kamu tetap terjaga sepanjang bercuti, jangan lupa untuk menyapu pelembap bibir.
PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN
Minum air putih
Agar tubuh sentiasa segar semasa bercuti pastikan kamu minum air putih dalam jumlah yang secukupnya. Selain itu, air putih juga sangat baik untuk menjaga kelembapan kulit dari dalam tubuh. Makan banyak sayuran dan buahbuahan Pastikan juga kamu makan banyak sayuran dan buah-buahan kerana dua makanan ini kaya dengan pelbagai khasiat yang baik untuk kulit. Kawal pemakanan Ini sangat penting untuk memastikan kamu tidak bermasalah sepanjang percutian. Bukan sahaja bimbang kamu jatuh sakit sebaliknya pemakanan yang tidak terkawal semasa bercuti boleh membuatkanberat badan kamu bertambah.
Untuk Artikel Penuh & Lebih Info Dapatkan REMAJA NOV 2011 Di Pasaran Sekarang !!