Gejala seperti ini pasti pernah kamu alaminya bukan?Sebenarnya ramai orang mengalami masalah kurang tidur dalam kehidupan mereka. Adakah kamu salah seorang daripadanya? Jika ya, segeralah berjumpa doktor sebelum ia menimbulkan efek yang akan merugikan kesihatan. bersama REMAJA kita ketahui jenis-jenis gangguan tidur.
Terjaga sepanjang malam atau awal pagi disebabkan oleh kedua-dua faktor luaran dan dalaman.Dr Yan-go, seorang ahli saraf dan psikiatri dan pengarah perubatan dari UClA Sleep Disorders Center menyatakan jika masalah tidur menjadi kronik, kamu dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar bagi mendapatkan rawatan kerana Insomnia juga boleh menyebabkan kematian.
Terdapat tiga jenis Insomnia iaitu:
1)Insomnia sementara yang berlanjutan dari beberapa hari ke minggu disebabkan tekanan,kemurungan, jam tidur yang tidak teratur dan persekitaran tidur.
2)Insomnia Kronik berlangsung selama hampir setahun.
3)Insomnia Akut berlangsung selama tiga minggu hingga enam bulan. Seseorang yang tidak dapat tidur mempunyai bunyi akibat Insomnia.
Sleep Apnea
Dikenali sebagai OSAS (Obstructive Sleep Apneu Syndrom), ia suatu kumpulan gejala berupa Apneu (tidak bernafas) atau Hipopnea (kurang bernafas) ketika tidur. Mereka yang telah mengalami tumor otak atau strok lebih mudah terdedah kepada Sleep Apnea. Keadaan ini juga boleh mempengaruhi orang-orang yang mempunyai berat badan berlebihan. Kebarangkalian penghidap penyakit ini ialah 20 juta orang daripada penduduk bumi lebih-lebih lagi bagi wanita hamil. Ada tiga jenis Sleep Apnea iaitu Obstruktif, pusat dan Kompleks.
Jet Lag
Dianggarkan lebih daripada 500,000 orang akan berada di udara pada setiap saat dan 15 juta daripada kita terbang merentasi beberapa zon masa setiap tahun. bagi seseorang yang terbang lebih daripada beberapa zon masa terutamanya mereka yang terbang dari barat ke timur di seluruh dunia, Jet lag boleh menjadi suatu cabaran yang serius. Ia akan membuatkan kamu pening sehingga boleh mengganggu tidur.
Narkolepsi
Narkolepsi adalah disebabkan oleh kesalahan genetik yang menghalang tubuh daripada menyerap atau menghasilkan Hypocretin Neurokimia yang mencukupi. Ia melibatkan individu yang tidur di tempat-tempat berlainan sepanjang hari walaupun mempunyai jumlah tidur yang mencukupi pada malam sebelumnya.