SEBUT SAHAJA HERO REMAJA, SUDAH PASTI BAIT-BAIT NAMA KAMAL ADLI MENJADI TOPIK HANGAT PERBUALAN. TERNYATA PERTANDINGAN HERO REMAJA ADALAH PLATFORM TERBAIK UNTUK ANAK MUDA INI MENGEMBANGKAN KERJAYA SENI. MARI IMBAS KEMBALI SEDIKIT SEBANYAK RENCAM KARIER BEKAS JUARA INI.
Nama penuh: Ahmad Kamal Ahmad Adli
Tarikh lahir: 16 April 1986
Asal: Pahang
Tinggi: 180 sentimeter
Berat: 73 kilogram
Hobi: Futsal, menonton wayang dan karaoke
Pendidikan: Malaysian Institute of Integrative Media (MIIM)
Kerjaya: Pengacara, Pelakon & Model
Pencapaian: Juara Hero Remaja 2007/2008
Filem: Assalamualaikum Cinta, Senario The Movie: Ops Pocot, Senjakala, Kembar Siang, Gerimis Mengundang, 3 Temujanji, Pusaka dan Niyang Rapik
Drama: Impian Sunsilk (Musim 1 dan 2), Renjis (Musim 2), Bio- Nik, Zati & Mawas, Syah Jihan, Ana Lulu, Aku Ada Kau Ada dan Gemilang
Pengacaraan: Rentak Juara, Rhythm Of Champions, Pandanganku dan Ceritaku
Seorang yang tidak reti duduk diam, Kamal Adli acap kali dibayangi ideologi sombong lantaran air mukanya yang sering disalah tafsir sebagai seorang yang agak ‘ketat’. Walhal seseorang dengan perangai yang teruk tidak akan bertahan lama di dalam industri seni dan ternyata jangkaan tersebut tidak benar sama sekali!
Awal Kehidupan
Anak jati kelahiran Pekan, Pahang ini merupakan anak ketiga daripada tujuh orang adik-beradik. Semenjak kecil, Kamal amat meminati legenda seni tanah air iaitu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee lalu meletakkan seniman tersebut sebagai salah seorang idola yang paling disanjunginya. Sebaik sahaja tamat alam persekolahan, Kamal melanjutkan pengajian di Malaysian Institute of Integrative Media (MIIM) atau lebih dikenali sebagai Akademi TV3 di dalam bidang penyiaran. Sedang sibuk membahagikan masa menghadiri kuliah dan menelaah pelajaran, beliau mula berjinakjinak sebagai model sambilan dan berhasrat mahu menempa nama dalam bidang seni satu hari nanti.
Pertandingan Hero Remaja
Titik tolak perubahan hidupnya bermula apabila beliau memutuskan untuk menyertai pencarian Hero Remaja bagi tahun 2007/2008. Ternyata personaliti, pembawaan diri serta karisma yang sudah lama terpendam di dalam dirinya berjaya dicungkil lantas kombinasi tersebut menyerlahkan lagi diri beliau sehingga ditabalkan sebagai juara mengalahkan beberapa saingan hebat seperti Fizo Omar, Lee, Jaslin Puasa dan Ammar Alfian.
“Rezeki yang tidak disangka-sangka, ternyata Pertandingan Hero Remaja membuka lebih banyak peluang kepada saya untuk melibatkan diri dalam bidang seni. Lebih-lebih lagi saya cukup meminati bidang pengacaraan, cuma tidak menyangka akan terlibat dalam bidang lakonan pula,” jelas jejaka yang terkenal dengan sifat happy-go-lucky ini.
Lebih banyak info mengenai Kamal Adli dalam majalah Remaja isu 15 Januari 2012!



