LALUAN SEMPIT, BERLUMPUR, LALUAN BERBUKITBUKAU DAN MENGHARUNGI KAWASAN HUTAN YANG BELUM PASTI KESELAMATANNYA, BUKANLAH SESUATU YANG DIIDAM-IDAMKAN OLEH SESETENGAH PEMANDU, TETAPI INILAH YANG DICARI OLEH PENGGEMAR SUKAN LASAK KENDERAAN PACUAN EMPAT RODA (4X4). BAYANGKAN KESUKARAN MEMANDU DI SEGENAP LALUAN EKSTREM INI BETUL-BETUL MEMBUATKAN JANTUNG BERDEBAR-DEBAR MERASAI KESUKARAN YANG DILALUI. KALI INI REMAJA MEMBAWA PENGGEMAR AKTIVITI LASAK MENYUSURI KEGILAAN PACUAN EMPAT RODA 4X4 KHUSUS BUAT SEMUA.

Kamu cukup berani? Jom rasai sendiri lagak pemanduan ekstrem dengan memandu pacuan empat roda 4x4 yang sememangnya mengagumkan ini. Tiada kata yang mampu diluahkan sepanjang
menaiki sendiri jentera berat ini. Apatah lagi kondusi kenderaan yang cukup besar serta dilengkapi peralatan untuk merentasi laluan yang mencabar cukup mencuri tumpuan. Mata penulis juga turut terarah dengan rekahan cermin hadapan kereta yang dikatakan retak akibat hentakan kepala pemandu semasa melalui laluan berliku. Terasa semakin bersemangat untuk mengembara bersama kumpulan remaja dari Ekstreme Park yang banyak membantu sepanjang perjalanan. Hebat dan teruja rasanya kerana inilah kali pertama penulis menaiki kenderaan hebat ini. Perjalanan dimulakan dengan membuat persiapan diri dan membawa beberapa peralatan penting bagi memberi gambaran sebenar semasa di kawasan hutan. Walaupun ia dilakukan di tengah-tengah bandar dengan laluan trek yang direka sendiri, tetapi segala cabaran yang dilalui tetap sama seperti berada di kawasan hutan yang berbukit-bukau.
Pastinya, pengembaraan singkat ini perlu dimanfaatkan bersama.

Dapatkan artikel lengkap hanya di majalah Remaja isu Februari 2012!