Filem : First Time
Genre : Romantik
Arahan : Han Yan
Pelakon : Angelababy, Mark Chao, Jiang Shan, Tian Yuan, Huang Xuan
 

Sinopsis

First Time menceritakan kisah seorang pelajar kolej iaitu Shi, lakonan Angelababy yang menghidap penyakit yang membawa maut. Shi merasakan bahawa dia tidak akan merasai  pengalaman jatuh cinta. Namun, apabila Gong, lakonan Mark Chao yang merupakan pujaan Shi semasa sekolah menengah muncul, Shi jatuh hati dan tertarik kepada Gong. Disebabkan pengambilan ubat, Shi mengalami kesan sampingan iaitu kehilangan ingatan jangka masa pendek. Menariknya, apabila Shi telah merakamkan detik-detik indah bersama Gong di dalam pita kaset agar dia dapat mengingati waktu-waktu yang diluangkan bersama Gong. Dalam dibuai perasaan cinta , Shi sebenarnya tidak tahu bahawa ibunya telah mengupah Gong untuk memberi peluang kepadanya mengalami keindahan percintaan sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

 

Untuk mengetahui apa yang berlaku terhadap kisah percintaan Shi, jangan lupa untuk menonton filem yang penuh dengan emosi dan menyentuh hati ini. First Time akan mula ditayangkan pada 14 Jun 2012.

 

Penyertaan telah ditutup