Dalam sesi bengkel selama dua jam itu, Datin Sharifah berkongsi pengetahuan dan menunjukkan kepada wakil media serta rakan penulis Blog tentang padanan pelbagai jenis aksesori untuk penampilan gaya yang berlainan.Bengkel ini merangkumi sesi pendek tentang imej dan faktorfaktor yang mampu untuk menyerlahkan gaya si pemakai. Menurut Datin Sharifah lagi, kilauan aneka aksesori yang diletakkan di sekeliling ruang mampu menjadikan suasana bagaikan di kayangan! “Aksesori penting kerana ia membantu menyerikan wajah kamu sepanjang hari sama ada ketika bekerja atau bersantai, selain untuk ke majlis jamuan makan malam dan keramaian. Di Bonita, kami menawarkan tempat untuk pelanggan mencari gaya mereka sendiri
di mana kami memenuhi keperluan semua gadis remaja hinggalah ke wanita bekerja yang sofi stikated. “Keperluan itu meliputi lima tema gaya hidup iaitu koleksi Everyday Basic (Asas Harian), Career Chic (Wanita Berkerjaya),Leisure Fun (Santai), Evening Glamour (Malam Glamor) dan Night Sparkle (Gilang-Gemilang). Bonita sentiasa memperkasakan pelanggannya dengan gaya unik ciptaan mereka sendiri,” ujar Pengurus Jenama Bonita, Jessica Cheah.



