Musim meraikan cinta dan kasih sayang,pastinya ramai di antara kamu yang merancang untuk keluar berpacaran dan meraikan bersama orang teristimewa.Apa yang boleh merosakkan situasi,keadaan serta perancangan yang telah diilhamkan sekian lama ialah kesalahan semasa menghias diri.
Angan atau sedar, ada ketikanya gaya yang cuba ditampilkan para lelaki sama ada ketika keluar bersama si dia atau melepak bersama teman-teman seakan-akan tidak kena gaya. Ada sahaja yang kurang mahupun ada juga yang terlebih. Mari pelajari segelintir kesilapan gaya yang sering dilakukan oleh jejaka terutamanya semasa proses bersiap.
Wangian Diri
Memakai lebih daripada dua atau tiga wangian sekali gus. Kamu perlu sedar bahawa wangian berfungsi secara tidak langsung dalam memberi ilusi maskulin dalam penampilan. Namun jika seseorang itu terlalu obses hingga memakai lebih daripada satu wangian dalam satu masa, tidakkah sebenarnya kamu telah mengalahkan kaum Hawa? Mungkin tiada gadis yang akan berperlakuan sebegitu.
Pelembap muka
Ramai di kalangan lelaki beranggapan menjaga kulit wajah hanya untuk kaum perempuan dan di atas sebab ini, mereka tidak memakai pelembap muka. Wahai sang Adam, ketahuilah bahawa lelaki juga perlu memanjakan kulit wajah lantas mengelakkannya daripada kelihatan kusam dan tidak bermaya.
Penjagaan Kuku
Meskipun penampilan sudah dikira baik,namun kamu terus lupa untuk menjaga kebersihan diri khasnya kuku jari atau kaki.Tidak hairanlah ramai lelaki yang menyimpan kuku panjang di jari kelengkeng. Ketahuilah bahawa perbuatan tersebut tidak menjadikan kamu seorang yang cool malahan dipandang sebagai pengotor.
Bercukur
Mungkin kerana mahu cepat, kebanyakan lelaki hanya menggunakan air sebagai bahan pelembap semasa melakukan cukuran. Lebih teruk, ada yang bercukur tanpa menggunakan produk yang diperlukan. Ambillah sedikit masa dan gunakanlah busa pencukuran khas bagi mengelakkan kulit luka tatkala bercukur.
Kaca Mata Hitam
Mengenakan kaca mata hitam pada waktu malam? Oh tidak! Walaupun kamu melihatnya seakan-akan satu trend,tetapi gaya tersebut sungguh ketinggalan zaman! Kamu tidak perlu berlebih-lebih apabila bergaya pada waktu malam dengan memakai kaca mata hitam. Memadai hanya tampil ringkas tetapi up to date.
Bulu Hidung
Ketika membuat cukuran, apa yang perlu kamu titik beratkan ialah perapian bulu hidung. Periksa dua atau tiga hari sekali. Manalah tahu ada bulu hidung yang sudah ‘menjalar keluar’. Cara terbaik bagi membendung perkara ini adalah dengan mencabut atau menggunting. Barulah nampak kemas, bukan?
Skinny Oh Skinny!
Semata-mata kerana mahu mengikut aliran fesyen, ramai yang tampil berani dengan menyarungkan denim berpotongan kurus atau skinny meskipun kamu bertubuh gempal. Tidak dapat
dinafi kan bahawa kamu perlu yakin dengan diri sendiri, namun sedarkah kamu bahawa penampilan kamu sebenarnya kelihatan lucu?
Selamat mencuba!