Kita sering kali dihidangkan dengan cerita bahawa seseorang itu menetapkan azam tahun baru tetapi akhirnya meninggalkan tahun tersebut tanpa menggapai matlamat yang dikehendaki. Berbeza keadaannya bagi hero pilihan kali ini.
Nama Penuh: Muhammad Nabil Bin Mohammad Bachtiar
Nama Samaran : Nabil
Tinggi : 183 sentimeter
Berat : 76 kilogram
Asal : Kuala Lumpur
Adik-Beradik : Empat orang
Pendidikkan : SEGi University College
Profession : Pelajar
Prinsip Hidup : Follow you dreams!
Ayuh kenali jejaka bernama Muhammad Nabil Mohammad Bachtiar atau lebih senang dipanggil Nabil ini dengan menyelongkar cerita-cerita menarik tentang dirinya, azam tahun baru serta aktiviti-aktiviti menarik yang gemar dilakukannya.
Ceritakan tentang latar belakang kamu.
29 Julai nanti, genaplah umur saya 19 tahun. Menjadi anak tengah di antara empat orang adik-beradik, mengajar diri supaya pandai berdikari. Saya mempunyai seorang abang, adik lelaki dan seorang adik perempuan. Kedua ibu bapa meniaga untuk menyara keluarga manakala saya sekarang sedang mengikuti jurusan pengurusan di SEGi University College selepas tamat alam persekolahan. Zaman kecil saya sama seperti kanak-kanak lain, yang membezakan saya dan rakan-rakan adalah tubuh badan yang agak gempal. Kini saya berjaya mengubah penampilan diri di atas dorongan dan bantuan keluarga dan rakan-rakan.
Kamu orang yang bagaimana?
Meskipun sering dilabel sebagai pendiam dan tidak selalu bergaul, saya boleh menjadi seorang yang ramah jika teman bualan itu merupakan seorang yang akrab. Saya jenis yang tidak kisah orang nak cakap apa fasal saya kerana saya sudah lali, tambahan pula siapa pun tidak boleh menghalang orang untuk bercerita. Selain itu, saya sebenarnya seorang yang outgoing! Tidak perlu rasanya saya bercerita tentang aktiviti senaman yang gemar saya lakukan. Cabaran itu perlu dalam hidup saya! Ia sedikit sebanyak mengajar saya erti hidup yang sebenar serta menguji ketabahan diri.
Apa yang kamu lakukan sekarang?
Saya baru selesai Sijil Pelajaran Malaysia dan kini sudah bergelar mahasiswa. Di samping berulang-alik ke kelas, sering kali saya terlibat dalam kerja tambahan sebagai seorang model sambilan bagi mengisi masa lapang. Boleh juga menambah wang saku.
Hobi unik yang kamu miliki.
Sudah menjadi tabiat saya suka bermain air semenjak kecil, jadi sekarang saya suka berenang! Berenang bagi saya mampu menenangkan fi kiran di kala stres. Pelajar mana yang tidak diselubungi tekanan, bukan? Jadi apabila ada sahaja waktu senggang pasti saya luangkan masa untuk aktiviti ‘main air’ sebegini. Berenang juga boleh menyihatkan tubuh badan, lagipun saya memang idamkan badan yang tegap dan cantik sejak azali lagi.
Untuk Artikel Penuh & Lebih Info Dapatkan REMAJA 1 JAN Di Pasaran Sekarang !!