Musim untuk berkasih sayang,sudah tentu ramai pasangan kekaasih yang mahu memberikan hadiah sebagai tanda ciinta antara satu sama lain.Perlukah meraikan hati kekasih dengan memberikan barangan murah ataupun hadiah yang mahal?Ayuh ikuti komen jejaka-jejaka ini.
 
ALIFF,
21 TAHUN
“Hadiah itu tidak semestinya bernilai ratusan ringgit tetapi pada saya bukan harga hadiah itu yang penting tetapi keikhlasan si pemberi itu yang membuatkannya lebih bermakna. Saya cukup terharu sekiranya mendapat hadiah yang saya ketahui tidak tinggi daripada segi nilai tetapi saya tahu benar akan keikhlasan yang dihulurkan bersama oleh si pemberi.”
 
RIKHMAN,
23 TAHUN
“Apa salahnya jika mendapat hadiah yang dianggap berharga. Bukannya selalu seseorang itu menerima hadiah yang tidak kurang hebat nilainya. Sambutan hari  kekasih bukannya selalu, malahan dalam beberapa tahun mungkin sekali atau mungkin tidak pernah mendapat hadiah yang langsung dikategorikan sebagai lumayan. Saya bukan nak kata yang saya ni mata duitan tetapi saya nampak usaha yang lebih sekiranya hadiah itu berharga dan tambahan pula saya betul-betul menyukainya. Tak gitu?”
 
HALIM,
23 TAHUN
“Hadiah merupakan simbolik yang menggantikan perasaan cinta atau sayang seseorang itu kepada si kekasih atau sesiapa sahaja yang disayangi. Maka bergantung pada individu tersebut mahu memberikan hadiah dalam apa jua bentuk dan berapa pula jumlahnya.Jika dia merasakan orang yang mahu diberikan hadiah itu seseorang yang disayangi dan dihargai, maka mungkin dia akan membelikan sesuatu yang mahal.Jika si penerima hadiah itu seorang rakan biasa, kemungkinan jumlah harganya akan berkurangan sedikit.”
 
AYMAN,
23 TAHUN
“Saya tidak kisah sekiranya mendapat hadiah yang berupa minyak wangi yang mahal, pakaian yang sederhana atau sekadar kad ucapan. Bagi saya, apa yang paling penting ialah ingatan orang tersebut terhadap saya. Idea bahawa orang tersebut ingat dan turut meluangkan masa untuk mencari hadiah amat bermakna daripada saya mengetahui jumlah wang yang dihabiskan sematamata untuk menghadiahkan saya sesuatu barangan.”
 
NOORHAFEZY,
23 TAHUN
“Itu bergantung pada individu tersebut iaitu si pemberi dan si penerima hadiah.Si pemberi hadiah haruslah pandai memilih pemberian sama ada mencari di kedai-kedai yang mahal atau sekadar yang berpatutan. Buat si penerima hadiah pula, kalau mereka tidak mengetahui jumlah harga barangan tersebut maka mereka boleh mentafsir dan mengklasifi kasikan sendiri sama ada hadiah tersebut sesuatu yang lumayan atau tidak.”
 
IJAT,
24 TAHUN
“Tidak perlu rasanya pasangan bercinta masa kini menjadikan isu membeli hadiah atau barangan yang mahal harganya menjelangnya hari kekasih sebagai satu adat. Jika sudah berkongsi rasa dan saling sayang menyayangi, maka mereka boleh memberi hadiah kepada satu sama lain tidak mengira masa, sambutan mahupun perayaan. Mungkin ada pasangan yang terasa hati tentang pemberian hadiah sebegini tetapi pada saya benda ini terlalu biasa dan sesetengah pula terlalu berlebih-lebih terutamanya buat pasangan muda.”