Menurut pendapat dahulu kala, lelaki dikatakan lebih pendek umur berbanding perempuan kerana pengeluaran tenaga yang digunakan. Mengikut kajian dari Aesthetic Surgery Journal, Dr Foad Nahai yakni seorang ahli bedah di Atlanta mengatakan bahawa kulit lelaki tidak bertambah tua secepat kulit jantina berlawanan.Perbezaan ini ternyata disebabkan kelenjar peluh yang terkandung di dalam kulit perempuan adalah lebih sedikit berbanding lelaki
1)Apa itu Sebaceous Glands?
Sebaceous Glands atau dalam bahasa mudahnya ialah kelenjar peluh yang berfungsi untuk mengeluarkan minyak yang akan membuatkan kulit tetap lembut. Kesannya kepada lelaki, jumlah kelenjar tersebut sangat banyak seiring dengan waktu, di mana lelaki akan tampak lebih muda berbanding perempuan terutamanya di kawasan sekitar mulut yang akan kurang jelas terjadinya kedutan.
3)Buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membekalkan vitamin serta mineral yang diperlukan bagi penjagaan kesihatan tubuh badan.Makanan yang kaya dengan magnesium seperti beets, kismis, kurma dan kacang soya adalah sangat penting kerana berupaya menjaga lantas membantu pergerakan usus secara berkala.Dr Roizen menyifatkan seorang lelaki perlu makan kira-kira lima genggam buah-buahan dan sayur-sayuran sehari.