Seorang yang dilihat sebagai pendiam jika ditafsirkan dari luarannya, namun jejaka bertubuh sasa dan tinggi lampai ini mampu mengutarakan sedikit sebanyak jenaka apabila seketika bertukar cerita. Ayuh imbas kembali kisah bekas Hero dari era sedekad yang lalu.
 
Awal Kehidupan mengakui dirinya seorang pembaca setia majalah REMAJA, Azrin pada mulanya langsung tidak berfi kir akan menyertai pertandingan pencarian bakat. Atas desakan teman-teman, Azrin termakan dek pujukan lalu menghantarkan penyertaan menyertai Pencarian Hero REMAJA tanpa mengetahui bakal berdepan dengan namanama hebat seperti Zed Zaidi, Allahyarham Faizal Yusof dan Dr. Azirul. Rezeki badan, beliau berjaya mengharungi saringan awal dan kemudiannya dipanggil team REMAJA untuk menghadiri sesi test shoot di studio Karangkraf yang pada ketika itu masih terletak di Taman Tun Dr Ismail.
 
Pengalaman Menarik Berkesempatan berkenalan dan menjalinkan persahabatan bersama teman-teman lain semasa pertandingan sedang berlangsung yang rata-ratanya mempunyai sedikit latar belakang dalam industri,dijadikan platform untuk Azrin mula mengorak langkah dalam bidang seni.“Meskipun ketika pertandingan masih berjalan,kami tetap rancak berbual menceritakan kepada satu sama lain tentang pengalaman yang pernah masing-masing lalui. Dari sinilah kami mula bertukar-tukar kenalan yang dapat membantu serta menjurus kepada aktiviti seni lain,”jelasnya.
 
Perubahan Hidup
Sebelum menyertai Pencarian Hero REMAJA, jejaka yang berasal dari Selangor ini bekerja sebagai talent agent di sebuah syarikat yang berpusat di Subang, namun dia turut mengisi masa terluangnya dengan melakukan sedikit kerja peragaan ketika tidak sibuk. Berakhir sahaja pertandingan yang dimenangi oleh Zed Zaidi itu, Azrin menggunakan detik perkenalan di kalangan para media untuk melebarkan sayap dalam dunia peragaan. Sehingga kini,beliau sudah berjalan hampir berpuluh pentas peragaan di samping wajahnya sering menghiasi helaian fesyen majalah-majalah lain seperti Maskulin,Pesona Pengantin dan banyak lagi.
 
Aktiviti Kini
Tahun 2010 menyaksikan beliau dipilih sebagai salah seorang model bagi pertandingan berprestij Piala Seri Endon. Tidak ketinggalan menceburi beberapa siri lakonan. Kini jejaka yang meminati aktiviti-aktiviti lasak seperti jungle tracking ini masih bergiat dalam dunia peragaan sebagai kerjaya sampingan meskipun tidak begitu aktif seperti sedekad lalu.