Pengorbanan dan kesetiaan mungkin boleh diibaratkan seperti kisah Pensil dan pemadam ini.

 

Pensil : “Maafkan aku pemadam…”

Pemadam : “Maaf untuk apa Pensil?? Kamu tidak melakukan apa-apa kesalahan apapun kepadaku…”

Pensil : “Aku minta maaf kerana aku selalu membuatmu terluka. Setiap kali aku melakukan kesalahan, kamu selalu berada disana untuk membetulkan kesilapanku itu. Namun setiap kali kamu memadam kesilapanku itu,, kamu kehilangan sebahagian dari dirimu. Kamu akan menjadi semakin kecil…


Pemadam : “Perkara itu memang benar…Namun sedikit pun aku tidak kisah. Aku sememangnya tercipta untuk melakukan tugas ini. Diriku tercipta untuk membantumu pada bila-bila masa kamu melakukan kesilapan. Walaupun aku tahu, suatu hari nanti , aku akan pergi dan kau akan mengganti diriku dengan yang baru, namun aku bahagia dan gembira dengan perananku ini. Kamu jangan risau kerana aku tidak suka melihat dirimu bersedih. Aku berharap kau akan terus berjuang  dan tidak melupakan diriku ini”

 

Pensil diibaratkan seperti kamu yang melakukan kesilapan, manakala pemadam pula diibaratkan seperti ibubapa yang sentiasa ada untukmu. Kesilapan adalah sebuah langkah untukmu melakukan pembaharuan, dan ibu bapa adalah individu yang akan sentiasa ada, memberi dorongan dan nasihat  setiap kali kamu melakukan kesilapan. Hargailah mereka selagi masih ada masa.