HATI SIAPA YANG TIDAK KERUAN TATKALA DIUMUMKAN SEBAGAI PEMENANG DENGAN GANJARAN BERUPA PERCUTIAN KE SEBUAH DESTINASI YANG SEMEMANGNYA MENJADI IMPIAN. PASTI PERCUTIAN YANG DIIMPIKAN ITU MENJADI KENANGAN MANIS YANG TIDAK BOLEH DILUPAKAN. BERSAMA PARA PEMEMANG PERADUAN TONTON & MENANG KE KOREA SELATAN TAJAAN SYARIKAT PLAYTV ASIA SDN BHD MENERUSI MAADUU.COM, AYUH KITA IKUTI PENGALAMAN BERHARGA MEREKA SELAMA LIMA HARI DI NEGARA YANG TERKENAL DENGAN DRAMA “WINTER SONATA”, “BOYS OVER FLOWERS”, “PRINCESS HOURS” DAN  SEBAGAINYA INI.

Tatkala kaki melangkah ke Korea Selatan, suasana agak cukup berbeza kerana kedatangan kami disambut dengan musim sejuk. Tubuh masing-masing dibaluti dengan pakaian yang lengkap bagi memanaskan badan. Sampai sahaja di perkarangan Lapangan Terbang Incheon, kami disambut mesra oleh pemandu pelancong warga Korea yang cukup fasih berbahasa  Inggeris, sambil sekali-sekala diselangi dengan bahasa Melayu.

Walaupun perjalanan agak panjang lebih kurang enam jam, namun kami langsung tidak menunjukkan wajah letih sebaliknya perasaan berkobar-kobar setiap daripada kami begitu jelas kelihatan. Maklum sahaja, masing-masing teruja apabila pertama kali mengunjungi Korea Selatan yang begitu terkenal dengan selebriti kegemaran dunia antaranya Super Junior, girls’ generations, Wondergirls, 2PM dan sebagainya.

Tempat Menarik

Percutian selama lima hari itu telah membawa para pemenang ke beberapa tempat menarik antaranya Pulau Nami yang cukup sinonim dengan penggambaran fi lem “Winter Sonata”. Masingmasing tidak mahu melepaskan kesempatan yang ada dengan merakamkan setiap pemandangan yang cukup indah di sini, apatah lagi dengan latar belakang wajah pelakon utama “Winter Sonata” iaitu Choi Ji Woo dan Bae Yong Joon. Setelah puas berada di Pulau Nami, kami dibawa ke tempat penginapan yang begitu mempesona di atas puncak bukit iaitu Sorak Daemyung Resort.

Setelah seharian berehat, keesokannya kami dibawa menuju ke Mt Sorak. Apa lagi, bagaikan tak keruan dibuatnya melihatkan suasana putih salju yang begitu mengagumkan setiap daripada kami. Boleh dikatakan masing-masing sibuk merakamkan aksi-aksi menarik. Daripada aksi gambar berdiri hinggalah pada aksi gambar berbaring di atas salju yang ternyata sejuk membuatkan  masingmasing kesejukan. Di sini kami juga dibawa menaiki kereta kabel untuk sampai ke puncak bagi menyaksikan suasana yang berbeza.

Pada sebelah petangnya, peluang yang tidak boleh dilepaskan iaitu bermain ski di Phoenix Park Resort yang terletak di daerah gangwon-Do. Rata-rata daripada kami menyatakan pengalaman bermain ski adalah paling menarik kerana berpeluang untuk menunjukkan skil masing-masing dalam membuat luncuran. Apatah lagi, penginapan kami untuk yang kedua ini bersebelah dengan Phoenix Park Resort dan ini memberi suasana yang cukup indah apabila kami dapat melihat dari bilik hotel aksi setiap pengunjung berluncur.

Setelah dua hari berada di sekitar kawasan bersalji, kami dibawa menikmati keindahan bandar Seoul pada hari ketiga. Lawatan pertama, kami berkunjung pengawal. Malangnya hasrat kami itu tidak tercapai dan kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke bangunan SM Entertainment dan merakamkan beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan.

Perjalanan kami diteruskan lagi ahli Super Junior iaitu Handel and  Gretel. Hampir sejam di sini, kami meneruskan lawatan melihat sendiri operasi di Korean Broadcasting System (KBS) dan mengikuti rakaman program hiburan KBS yang begitu popular iaitu “Music Bank” yang seakanakan program “Juara Muzik”. Selain itu, kami turut dibawa ke kawasan beli-belah, taman tema Lotte World, Namsan Hanok Village, Seoul & Tower, kedai kosmetik dan banyak lagi.

Dapatkan majalah Remaja isu 15 Januari 2012 untuk berita penuh.